Sunday 19 June 2011

AHLAN WASAHLAN..

Assalamualaikum warahmatullahi wababarakatuhu..segala pujian dipanjatkan kepada Tuhan pencipta langit dan bumi, Selawat dan salam dipanjatkan kepada Nabi Muhammad s.a.w, ahli keluarganya serta para sahabat. Amma ba'adu:
Setelah lama tidak kami tidak meng'update' blog ini,maka pada kali ini kami ingin membawakan satu artikel berkenaan dengan ILMU. Sebelum menutur kalam yang lebih panjang pihak kami mengucapkan Ahlan Wasahlan kepada sahabat-sahabat yang merupakan pelajar baru di UniSZA ini. Semoga kehadiran kalian membawa kepada satu titik perubahan kearah keredhaan Allah s.w.t dan juga sebagai membuka satu lembaran baru didalam kehidupan antum semua. 
Di sini kami datangkan sebuah artikel yang ditujukan kepada semua pelajar di UniSZA yang sedang berjuang di bumi Ilmu ini.. Semoga kalian didalam rahmat dan naungan Allah s.w.t.

-Kenal Diri
- Masa(pengurusan masa)
- Ilmu(Takrif ilmu,budaya ilmu,Islamization of knowledge,mengulama’kan intelektual mengintelektualkan ulama’
-Baca(Tabiat membaca(budaya Iqra’),
-Tulis(menulis)
-Fikir(berfikir)
-Kaji(buat kajian dan menyelidik)
-Mahasiswa
-Belajar dan mengajar
-Iman


Kenal diri

“Insan yang memikir dan merenungkan baik-baik tentang asal-usul dirinya tentu akan insaf tahu bahwa beberapa puluh tahun yang lalu dia itu tiada,dan seluruh bangsa manusia yang kini berada pun jua tiada,dan tiada mengetahui akan kemungkinannya berada seperti dia kini berada”-Syed Muhamad Naquib Al-Attas

Tulis
 “Tanpa berlengah-lengah saya membuat keputusan bahawa sumbangan yang abadi yang dapat diberikan oleh seseorang dalam keadaan seumpama ini adalah menulis sebuah buku kerana sebuah buku dapat kekal lama selepas kerajaan,manusia,negara,catatan pemikiran dan tindakan manusia ‘lupus’-Profesor Syed Muhammad Naquib Al-Attas

Iman

“Iman atau amalan keagamaan jika tidak didasarkan kepada ilmu yang luas dan mendalam, hanyalah seperti bangunan di atas pasir atau sekuat sarang labah-labah;datang ribut tumbanglah ia”-Profesor Dr.Wan Mohd.Nor Wan Daud

 “sesungguhnya manusia tanpa suluh iman sama dengan orang yang tenggelam tatkala perahu yang ditumpanginya pecah oleh hentaman ombak.meski ia pandai berenang tapi ia tetap tak bisa menaklukkan laut.laut pasti akan menenggelamkannya.Bagaimana ia akan berperang melawan ombak yang pasti mematikannya?Ia akan terus terumbang-ambing tanpa harapan dapat ditolong oleh siapapun sampai akhirnya kekuatannya melemah dan akhirnya ia tergulung ombak besar”-Dr.Yusuf Qardhawi

Ilmu

Penjelasan Budaya Ilmu-Prof.Madya Wan Mohd.Nor Wan Daud(m/s 119)


Budaya peperiksaan dalam sistem pendidikan negara telah menggantikan budaya ilmu.Para pelajar memang giat belajar tetapi kebanyakannya bukan untuk memahami dan mencungkil makna daripada apa yang dipelajari tetapi untuk menghafalnya cukup untuk masa dua tiga minggu tempoh peperiksaan .Tidak keterlaluan jika dikatakan bahawa sebilangan terbesar murid-murid tidak ingat lagi perkara-perkara yang gigih dipelajarinya sebaik sahaja peperiksaan tamat.Para guru pula memang giat mengajar tetapi penumpuannya lebih kepada untuk menghabiskan sukatan pelajaran dan mencapai kecemerlangan peperiksaan.Benarlah pendapat Profesor Diraja Ungku Aziz sebagai pengerusi Majlis Peperiksaan Malaysia tidak berapa lama dahulu bahawa sistem pendidikan kita menggalakkan penghafalan bukan pemikiran.Justeru itu para murid lebih cenderung bergantung kepada jawapan contoh,hafalan dan soalan ramalan(spotted questions) daripada memahami konsep dan teori yang berkenaan.-Utusan Malaysia,18 Ogos 1986;New Straits Times,20 Mac 1987.



Muslim tergenggam belenggu kafir,
Akhirat luput, dunia tercicir,
Budaya jahil luas membanjir,
Banyak yang karam tiada tertaksir
- Profesor Syed Muhammad Naquib Al-Attas



“Kelahiran tradisi dan budaya ilmu merupakan salah satu pra-syarat penting ke arah pembinaan sahsiah yang unggul ,pembangunan bangsa yang kuat serta pembinaan tamadun yang tinggi.Tradisi dan budaya ini walaupun dengan konsepsi dan kadar yang berbeza terdapat dalam semua tamadun Yunani,Islam,Barat moden,Jepun dan Korea Selatan.Jika kita(bangsa Malaysia)mahu menduduki taraf yang sama atau menandingi mereka ,satu budaya dan tradisi ilmu itu mesti dibina segera.Tidak ada jalan singkat yang dapat dibayangkan”-Datuk Seri Anwar Ibrahim,Menangani Perubahan,KL,Berita Publishing,1989,hal 76

Jika tindak-tanduk manusia tidak berdasarkan ilmu pengetahuan,maka dasar alternatifnya ialah hawa,syak,zan dan beberapa gagasan anti-ilmu sebagaimana yang tersebut di dalam Al-quran

Syed Muhammad Naquib Al-attas,Islam and Secularism,ms 148

Bila berlalu sehari dalam hidupku
Hidayatku masih belum bertambah mutu
Keranaku tidak dapat menambah ilmu
Hari itu tidak ertinya dalam hidupku-Penyair Islam


-“Kekuatan ilmu bukan saja menjadi syarat dan pelengkap kepada kekuatan fizikal malah memberi arah dan makna kepada manusia dan bangsa tersebut”-Ibnu Khaldun-Muqaddimah

Pesan 3 hal hasan al-banna;
1)bersungguh dalam belajar
2)konsisten dalam menjalankan Islam
3)menumbuhkan kecintaan sesame Muslim

-“Barangsiapa yang berilmu lalu mengamalkan serta mengajarkan pula itulah yang besar yang hidupnya laksana matahari memberi cahaya bagi orang lain dan dia sendiri atau laksana kasturi yang memberi harum kepada orang sedangkan ia sendiri memang harum”-Imam Al-Ghazali

-Konsepsi Islam Terhadap Ilmu Pengetahuan- Profesor Dr.Wan Mohd.Nor Wan Daud


Konsepsi Islam terhadap ilmu merupakan satu cirri pandangan hidupnya yang kedua pentingnya setelah penegasan keesaan Allah1.Ini dapat dilihat pada kandungan Al-quran sendiri dengan jumlah kata-kata akar yang merujuk kepada ilmu dan prosesnya seperti fakara,aqala,fahima,faqiha dan tadabbara dan pengunaan istilah-istilah peralatan ilmu seperti qalam dan qirtas hanya diatasi oleh jumlah kata-kata akar yang merujuk kepada Allah dan sifat-sifatNya .Dari segi kronologinya,penekanan Al-quran terhadap ilmu banyak terdapat pada surah-surah makiyyah mengikut kajian Prof.Muhammad Hamidullah2.Ini mungkin menunjukkan bahawa Allah s.w.t berkehendakkan  peribadi Islam yang sedang dibina di Makkah dan tamadun yang bakal didirikan oleh mereka mestilah dipandu dan dicirikan oleh keilmuan yang mendalam.

1-Franz Rosenthal,Knowledge Triumphant(Leiden:E.J.Brill,1974).ms 20
2-Muhammad Hamidullah,Education System in the time of the Prophet,Islamic Culture,13(January !939),ms 5

-Jika tindak-tanduk manusia tidak berdasarkan ilmu pengetahuan,maka dasar alternatifnya ialah hawa,syak,zan dan beberapa gagasan anti-ilmu sebagaimana yang tersebut di dalam Al-quran3

3-Syed Muhammad Naquib Al-attas,Islam and Secularism,ms 148


-“Barangsiapa yang berilmu lalu mengamalkan serta mengajarkan pula itulah yang besar yang hidupnya laksana matahari memberi cahaya bagi orang lain dan dia sendiri atau laksana kasturi yang memberi harum kepada orang sedangkan ia sendiri memang harum”-Imam Al-Ghazali
                                                    
-Konsepsi Islam Terhadap Ilmu Pengetahuan- Profesor Dr.Wan Mohd.Nor Wan Daud


Konsepsi Islam terhadap ilmu merupakan satu cirri pandangan hidupnya yang kedua pentingnya setelah penegasan keesaan Allah1.Ini dapat dilihat pada kandungan Al-quran sendiri dengan jumlah kata-kata akar yang merujuk kepada ilmu dan prosesnya seperti fakara,aqala,fahima,faqiha dan tadabbara dan pengunaan istilah-istilah peralatan ilmu seperti qalam dan qirtas hanya diatasi oleh jumlah kata-kata akar yang merujuk kepada Allah dan sifat-sifatNya .Dari segi kronologinya,penekanan Al-quran terhadap ilmu banyak terdapat pada surah-surah makiyyah mengikut kajian Prof.Muhammad Hamidullah2.Ini mungkin menunjukkan bahawa Allah s.w.t berkehendakkan  peribadi Islam yang sedang dibina di Makkah dan tamadun yang bakal didirikan oleh mereka mestilah dipandu dan dicirikan oleh keilmuan yang mendalam.

1-Franz Rosenthal,Knowledge Triumphant(Leiden:E.J.Brill,1974).ms 20
2-Muhammad Hamidullah,Education System in the time of the Prophet,Islamic Culture,13(January !939),ms 5

-Jika tindak-tanduk manusia tidak berdasarkan ilmu pengetahuan,maka dasar alternatifnya ialah hawa,syak,zan dan beberapa gagasan anti-ilmu sebagaimana yang tersebut di dalam Al-quran3

3-Syed Muhammad Naquib Al-attas,Islam and Secularism,ms 148
                      
Kelangsungan hidup tamadun Islam tidak dijamin oleh kekuatan tentera dan kekayaan kebendaan tetapi oleh cendekiawan yang sofistikated"-Anwar Ibrahim
  
Baca

-“Membaca bukanlah sekadar ‘for the sake of reading’ tetapi ‘searching for truth’ bersesuaian dengan falsafah Iqra’-Shaharum TN Sulaiman-Pembacaan dan peningkatan budaya ilmu

Mahasiswa

-Mahasiswa perlu memahami serta menghayati tanggungjawab agar tujuan serta niat dan matlamat belajar tidak tersasar mengarah kepada 'material target'

-Jangan dibiarkan menjadi robot atau diprogramkan serta disetkan minda dan tindakan

-Usah jadi mahasiswa kalau pengecut,penakut,menafikan keintelekktualan minda,mengkesampingkan praktikal ilmu dan tidak berani membuat perubahan

-Sebenarnya pelajar walaupun kuat dilambung oleh gelombang darah mudanya,bukanlah merupakan golongan pemberontak yang bertindak sesuka hati atau di luar perhitungan akal yang waras tetapi oleh kerana ia dilayan dengan kasar maka akibatnya ia bertindak mengikut gendang yang dipalu.-


Falsafah

Said Hawwa-Intelektualitas Jundullah(Jundullah Tsaqafatan wa Akhalaqan)-Thinkers Library Sdn.Bhd.1988

-“Fikrah(idea) itu bagai benih,manusia tempat persemaiannya.Jika fikrah ini kebetulan mendapat tempat di hati dan bertemu dengan iklim yang cocok maka ia akan tumbuh.Tetapi jika fikrahnya sendiri rosak maka akan mewariskan kerosakan”
                                                                                                                                                                                          

Ibnu Khaldun pernah berkata..:kalau ingin melihat generasi akan datang,maka telitilah generasi hari ini”

-Ilmu adalah makanan aqal.Kemampuan mencari,mencerna dan memahami sesuatu ilmu akan menghasilkan percambahan ilmu dan budaya fikir


-Orang yang berilmu akan sentiasa kekurangan ilmu meskipun semakin banyak diterokai kerana meskipun dihimpun lautan menjadi dakwat,tidak akan kering pencatatan ilmu Ilahi itu.

Menurut Nik Aziz NIk Pa dalam buku Pelajar Pintar Cergas…:ia membabitkan sikap cintakan ilmu,minat untuk meneroka ilmu dengan mendalam,rasa seronok semasa membina skim pemikiran baru,iltizam dalam penyelidikan,gemar membaca,minat mencari kebenaran,berfikir secara konstuktif,bertindak secara sistematik,istiqamah dalam usaha menghayati ilmu dan latihan menyoal secara analitis”(hlm 150