Saturday, 26 March 2011

HALAQAH ILMU

Assalamualaikum...
Makluman kepada ahli kelab, PEMIKIR akan mengadakan Halaqah Ilmu : MUSLIMAT SAHAJA yang dianjurkan oleh exco modal insan (muslimat) 2 minggu sekali.. 


Antara pengisiannya ialah :
  • Bacaan al-Quran dan terjemahan
  • Mathurat
  • Pelbagai modul menarik
  • Sukan
  • Suapan pertama
Objektif Halaqah ini ialah :
  • mengeratkan ukhuwwah sesama ahli
  • sebagai medan perkongsian maklumat
  • menghayati sirah Rasulullah sebagai asas perjuangan
  • menguat dan mengaplikasikan fiqh dalam kehidupan seharian
  • menerapkan budaya dan modul pembangunan diri berdasarkan BUDAYA PEMIKIR 

 sekadar makluman :

Alhamdulillah, halaqah ilmu ini telah pun dijalankan sebelum ini pada tarikh-tarikh yang telah ditetapkan.. dan setiap kali pertemuan mempunyai tema tersendiri, antaranya :

Ukhuwwah Fillah : 14/2/2011
Jom SANTAI : 21/2/2011
Tautan Hati : 12/3/2011
Akal Sihat Badan Sihat : 25/3/2011

oleh yang demikian, bagi mencapai objektif halaqah ini, marilah kita sama-sama turut serta di majlis "halaqah ilmu" yang akan datang...

Malam Pengenalan PEMIKIR

Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Ilahi KELAB PEMIKIR MUDA telah berjaya menjalankan Malam Pengenalan PEMIKIR buat kali yang pertama pada JUMAAT, 25 MAC 2011 bertempat di blok othman 01.

Untuk makluman semua, Malam Pengenalan ini bertujuan untuk memperkenalkan KELAB PEMIKIR MUDA ini kepada ahli kelab. Disamping itu ia juga bertujuan memperkenalkan penasihat dan jawatankuasa kelab kepada semua.

antara agenda pada malam itu ialah :
  • Pengenalan PEMIKIR
  • Sesi soal jawab
  • Ucapan Presiden PEMIKIR
  • Ucapan Penasihat PEMIKIR
  • Kuiz
  • Cabutan bertuah
  • Makan malam bersama

TAHNIAH diucapkan kepada semua yang terlibat
 
*gambar insyaAllah akan di uploud kemudian...

7 Budaya PEMIKIR

  1. Memugar budaya ilmu dan berakhlak mulia
  2. Bersedia untuk mengajar dan diajar
  3. Penghayatan amalan kerohanian
  4. Memperkasa semangat ukhuwwah
  5. Menghayati amalan syura dan amal jama'ie dan budaya kerja terancang
  6. Prihatin dan iltizam dengan isu semasa
  7. Menghayati ruhul jihad fisabilillah

Friday, 25 March 2011

Bentuk aktiviti PEMIKIR

Bentuk-bentuk aktiviti yang dijalankan oleh persatuan ialah:

1. Seminar, forum, kursus, ceramah, simposium, wacana, bengkel, diskusi ilmiah dan konvensyen
2. Kuliah dan kelas bimbingan.
3. Majlis makan malam tahunan.
4. Mesyuarat agung tahunan.
5. Sukan dan rekreasi.
6. Penyelidikan dan pembangunan (R&D).
7. Kunjungan hormat, kunjungan balas, dan lawatan.
8. Program kemasyarakatan dan kebajikan.
9. Ekonomi dan keusahawanan

AJK PENAJA KELAB PEMIKIR MUDA

PRESIDEN

NAZIR BIN SAIDAN

TIMBALAN PRESIDEN 1

AHMAD FAHIMI BIN MOHAMAD

TIMBALAN PRESIDEN 2

AINON FARAH BT ABDULLAH

SETIAUSAHA 1

ABDUL HADI BIN ABDUL MANAF

SETIAUSAHA 2

NOR FARAHEEN BINTI MOHD ROSNI

BENDAHARI 1

NURIL ANWAR BIN MUSA

BENDAHARI 2

NURUL ASYIQIN BT ABDUL RAHMAN

EXCO EKONOMI

AHMAD SYAZWAN FADHLI BIN AZMI

NURULUNAIS BTE MD ZAKI

EXCO HELWANIS

ROSLIEZA BTE ROSLI

HALIMATUSSAKDIAH BTE ALI

EXCO SUKAN

WAN MOHD TAUFIK BIN WAN MARZUKI

NUR AMIRAH BTE YAHYA

EXCO PUBLISITI

MUHD AMIRUL BIN ABD RAUF

ROHANA BTE MOHD ARIFFIN

EXCO KEBAJIKAN

AFIF AKMAL BIN ARSHAD

SITI AISYAH BTE HADI MUNIR @ A.HADI

EXCO MODAL INSAN

MAHMUD BIN JAMALUDDIN

IBTISAM BTE IBRAHIM

EXCO TUGAS-TUGAS KHAS

KHAIRUL AZWAD BIN IBRAHIM

ROSMA AISYAH BT ABD MALEK



SEKRETARIAT

NOR SHAKIRAH BTE KHAIRUDDIN

NUR HAFIZAH BTE TUKIMAN

NURWANI AKMAR BT ABDUL RAZAK

NURULIMANI BTE YAACOB

NUR IZZATI BTE ZAKARIA

SALMIHAH BTE CHE MUD

FATIMAH BTE SAMSURI

NOORSIHA BT MAT ZALI

NUR ATIKAH BTE MOHD ISA

FATHIAH NAJIHAH BT AB AZIZ

NOR FARDHIANA BT ISMAIL

AISAH BINTI SIHUSIEN

AIN NAJWA BTE MOHD LATIF

NORSHAHIDAH BTE ABD RAHAMAN

Tuesday, 8 March 2011


Pihak Kelab Pemikir Muda (PEMIKIR) telah bercadang untuk mengadakan program pendaftaran ahli baru bertujuan untuk menarik minat pelajar-pelajar UniSZA untuk menyertai Kelab Pemikir Muda (PEMIKIR) di samping mendapat faedah-faedah dan pengalaman dari kelab  ini.   

Bagi memudahkan pengurusan , maklumat yang akan dimuatkan dalam portal adalah sebagaimana berikut;

            Agenda          :           Program Pendaftaran Keahlian Baru Kelab Pemikir Muda
            Hari                :          Rabu,khamis dan jumaat
            Tarikh            :           9,10 dan 11 mar 2011
            Masa              :           11 pagi-11 malam
            Tempat           :           di hadapan kiosk, UniSZA
            Keahlian         :           Terbuka Kepada Semua Pelajar UniSZA
            Yuran             :           RM5 setahun


Sekian, wassalam.

“MENJANA INTELEKTUAL MENINGKATKAN JATI DIRI”

Kelab Pemikir Muda (PEMIKIR)


          Alamat

Universiti Sultan Zainal Abidin,
Kampus KUSZA, Gong Badak,
21300 Kuala Terengganu,
Terengganu Darul Iman.
  
       Motto

“Menjana Intelektual Meningkatkan Jati Diri'
              
            Tujuan persatuan ini ditubuhkan adalah :

1.3.1    Menjadi pusat pencetus dalam menjana minda mahasiswa yang berdaya saing.
1.3.2    Meningkatkan tahap intelektual dan aktiviti persatuan dalam semua aspek,             meliputi agama, akademik, sahsiah, dan sosial.
1.3.3    Memugar kembali semangat mahasiswa dalam memartabatkan idealisme     yang kritis.
1.3.4    Mengukuhkan kesedaran mahasiswa melalui pemerkasaan budaya ilmu                   dan berfikir.
1.3.5    Membangkitkan keprihatinan dan iltizam mahasiswa terhadap isu-isu          semasa dalam ruang lingkup sebagai pelajar.
1.3.6    Memelihara hak, kepentingan, dan kehormatan ahli dalam semua situasi di Universiti Sultan Zainal Abidin.
1.3.7    Mendokong dan memperjuangkan aspirasi dan inspirasi Universiti Sultan  Zainal Abidin dalam melahirkan mahasiswa yang berketerampilan dan berkepimpinan.
1.3.8    Memberi sumbangan yang konkrit untuk perkembangan dan kemajuan        masyarakat dalam segenap lapangan serta memperjuangkan hak-hak dan            kepentingannya.
1.3.9    Bekerjasama dengan agensi kerajaan dan pertubuhan-pertubuhan bukan      kerajaan (NGO) dalam bersama-sama berusaha memperjuangkan Islam         untuk pembangunan dan kemajuan agama dan negara.
1.4.0    Memperkasakan semangat ukhuwwah di kalangan mahasiswa Universiti     Sultan Zainal Abidin .