PENGENALAN
Baru-baru ini isu kristianisasi timbul lagi di Negara kita. Semua orang bercakap-cakap tentangnya dari golongan professional sehinggalah masyarakat desa. Ini semua kerana kontroversi serbuan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) ke atas Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC) di Petaling Jaya pada 3 Ogos lalu yang dikaitkan dengan laporan murtad.
Tinggalkan sekejap soal kristianisasi.
Sebenarnya, masalah murtad sudah lama bertapak dalam Masyarakat melayu muslim di Malaysia. Ada yang menukarkan agama Islam kepada agama Buddha, Hindu dan juga Kristian. Jadi, pemurtadan berlaku bukan hanya tertakluk kepada agama Kristian sahaja.
Kita imbas kembali kes-kes murtad yang telah berlaku di Malaysia sepintas lalu:
KES-KES MURTAD
1) Hartina binti Kamarudin
Hartina dilahirkan pada tahun 1974. Beliau telah dididik penuh dengan ajaran agama kerana keluarganya tergolong daripada golongan yang kuat mengamalkan ajaran Islam.
Apabila dewasa, beliau bekerja di Kuala Lumpur. Beliau tinggal dengan kawan-kawannya. Dalam satu kunjungan, bapa dan ibu Hartina tidak sampai hati melihat anaknya tinggal di rumah sewa. Demi kasih sayang kepada anaknya, bapanya telah membeli rumah flat kepada beliau.
Dan pemurtadannya diketahui oleh bapanya ketika beliau diziarahi oleh bapanya. Bapa Harlina memarahinya kerana melihat kemesraan antara Harlina dengan seorang pemuda Hindu ketika menunggu Harlina pulang dari tempat kerja. Lalu, segalanya terhurai bahawa Harlina sudah berkahwin dengan pemuda Hindu. Dan menukarkan namanya kepada Nivashiny Rajeswaran.
2) Norfazilah
Pemurtadan Norfazilah diketahui apabila bapanya membuat laporan polis bahawa Norfazilah hilang pada bulan April 1966 kerana beliau tidak pulang ke rumah. Namun, setelah disiasat, didapati Norfazilah tinggal dengan satu keluarga India di Ulu Temiang, Seremban.
Menurut siasatan keluarganya, Norfazilah sangat rapat dengan seorang pemuda India yang menjadi rakan sekerjanya yang bernama Muthu a/l Kariapan.
3) Aisyah Bukhari
Aisyah Buhkari telah diasuh dengan ajaran Islam sejak kecil lagi. Sehinggalah beliau sudah menghafal surah-surah daripada al-Quran. Namun telah menukar agama kepada kristian.
Nah, ini baru tiga kes yang ditulis di sini. Dan sudah pasti figur ini bukan tepat kerana ada kes –kes murtad yang masih belum ditulis di sini mahupun yang belum dilaporkan atau diketahui oleh masyarakat.
KRISTIANISASI DAN GERAKAN MEMURTADKAN ORANG ISLAM
Allah telah berfirman dalam surah al-Baqarah : 120
“orang-orang yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepada kamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah “ sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk( yang benar)”. Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemahuan mereka setelah pengetahuan datag kepadamu, maka Allah tidak akan lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu.”
Penyebaran kristian dilakukan secara terbuka dengan agenda yang tidak lagi terlindung. Kemampuan para mubaligh Kristian dalam menyebarkan agamanya boleh dikatakan ‘advance’ berbandingdakwah orang Islam. Mubaligh Kristian telah berjaya meletakkan batu asas yang kukuh dalam bidang pendidikan , ekonomi, kebajikan dan kebudayaan.
Mereka juga telah mempelbagaikan kaedah penyebaran dakyah agama mereka seperti mereka sanggup meredah hutan dan tinggal bertahun-tahun di dalam kawasan pedalaman hanyalah untuk menyebarkan Kristian kepada masyarakat pedalaman.
Selain itu, mereka juga memfokuskan penyebaran agama mereka terhadap pelajar- pelajar universiti dengan membawa mesej ‘kasih sayang’ (memberi wang atau saguhati) terutama kepada pelajar-pelajar yang datangnya dalam kalangan keluarga miskin.
MAHASISWA DAN KRISTIANISASI / GERAKAN MEMURTADKAN MUSLIM
Pada hari ini, mahasiswa yang beragama Islam seharusnya berhati-hati terhadap gerakan kristianisasi atau golongan-golongan yang ingin memurtadkan orang-orang Islam. Kadang-kadang, mereka datang untuk menyebarkan agama mereka bukan secara terus atau ‘direct’. Tetapi, dengan cara yang tersembunyi melalui pemberian saguhati untuk meneruskan pengajian (jika pelajar tersebut datangnya dari keluarga miskin) atau juga melalui percintaan yang sengaja mereka aturkan dengan seseorang yang sememangnya tugas mereka adalah untuk memurtadkan pelajar Islam.
Selain itu, mahasiswa Islam juga harus mempunyai pegangan akidah yang kukuh agar dapat mengusir segala serangan pemikiran kristianisasi atau gerakan memurtadkan muslim.
No comments:
Post a Comment