Saturday, 7 May 2011

Nasihat Seorang Ayah

Semoga antun dapat mengambil hikmah dari nasihat seorang ayah kepada puterinya. Semoga mendapat kebaikan dari Allah. 

Wahai Puteriku…..Engkau benar, bahwa kaum lelakilah yang pertama melangkah menempuh jalan dosa, bukan wanita, tetapi ingat puteriku ….. bahawa tanpa kerelaanmu dan tanpa kelunakan sikapmu, mereka tidak akan berkeras melangkah maju. Puteriku …. Engkau telah membuka pintu kepadanya untuk masuk. Engkau berkata kepada pencuri : "Silakan masuk !" … dan setelah engkau kecurian barulah sedar. Baru engkau berteriak ….. "Tolong…tolong….aku kecurian !!" 
 
Wahai puteriku …. Kalau engkau tahu bahawa lelaki itu serigala dan engkau domba pasti engkau akan lari seperti larinya domba dalam ancaman serigala. Kalau engkau sedar bahawa semua lelaki itu adalah pencuri, pasti engkau akan bersikap hati - hati dan selalu menjaga diri seperti waspadanya seorang bakhil menghadapi pencuri.
Wahai puteriku ….. kalau yang dikehendaki serigala dari domba adalah dagingnya, maka yang diinginkan lelaki adalah lebih dari itu. Engkau tahu puteriku … ? lelaki menginginkan lebih dari sekadar daging domba, dan bagimu lebih buruk dari kematian domba itu. Lelaki menghendaki yang paling berharga darimu….iaitu harga diri dan kehormatanmu. Nasib seorang gadis yang direnggut kehormatannya lebih menyedihkan dari nasib seekor domba yang dimakan serigala.

Wahai puteriku ….. demi Allah, apa yang dikhayalkan oleh pemuda ketika ia melihat gadis ialah telanjang di hadapannya tanpa busana. Puteriku ….. demi Allah jangan percaya kepada omongan sebahagian lelaki bahawa mereka memandangmu kerana akhlak dan adabmu. Berbicara padamu seperti sahabat dan apabila mencintaimu hanyalah sebagai teman akrab. Semua itu bohong…..bohong….. demi Allah ia bohong ! Puteriku…apabila engkau mendengar sendiri pembicaraan antara mereka, engkau akan takut dan ngeri.

Wahai puteriku ….. tidak ada seorang pemuda melontarkan senyumannya kepadamu, berbicara lembut dan merayu, memberikan bantuan dan melayan kepadamu kecuali ada maksud tertentu. Setidak - tidak nya itu adalah isyarat bagi dirinya sebagai langkah awal. Apa sesudah itu wahai puteriku ….. ? Renungkanlah !! Kalian berdua bersama - sama berkencan, menikmati kelazatan yang sebentar engkau rasakan ….. sesudah itu, dia lupa dan pergi meninggalkan engkau. Dan engkau …? Sungguh akan merasakan pahitnya dari pertemuan yang sebentar itu untuk seumur hidupmu, puteriku.

Wahai puteriku ….. setelah itu engkau perlahan - lahan merasakan sesuatu yang berat mengganjal di perutmu. Engkau sedih dan muram. Engkau bingung dan gelisah. Lelaki yg membesarkan perutmu itu tidak dituntut atau dihukum oleh masyarakat yang zalim, bahkan diberi ampun dan bebas dengan alasan : "Dia yg dulu sesat, tapi kini sudah bertaubat".

Dan engkau…. Puteriku ? engkau akan terus kecewa dan terus dihina sepanjang umurmu. Masyarakat tidak akan mengampuni dosamu, puteriku !!

Wahai puteriku ….. apakah pantas harga kehormatanmu dibayar begitu murah, hanya dengan setangkai bunga dan sederetan omong kosong belaka ? Padahal setelah itu engkau menebusnya dengan penderitaan yang begitu mahal.

Wahai puteriku …. Seandainya dulu ketika dia merayumu, engkau tolak dengan sikap tegas, engkau alihkan pandanganmu dari pandangannya, jika masih mereka menggodamu dengan menggunakan kata - kata yang tidak elok dan menggunakan tangannya, cepat - cepat engkau lepas sepatu dan pukulkan ke kepalanya….Kalau engkau lakukan itu mungkin semua orang di tempat itu akan serentak menolongmu. Sesudah itu …. Dia akan ngeri mengganggu wanita - wanita terhormat di jalan.

Wahai puteriku …. Engkau remaja cantik, banyak pemuda yang tertarik dan mengharapkan engkau. Puteriku …. Kecantikanmu yang seperti sekarang ini apakah akan bertahan terus ? Bagaimana nasibmu setelah tua ? Ketika mukamu keriput dan punggungmu melengkung, puteriku ? Siapa nanti yang mengurusmu ? Siapa yang ketika itu memperhatikan nasibmu, puteriku … ?

Wahai puteriku …. Lelaki yang baik dan soleh akan datang kepadamu dengan segala kerendahan hati, memohonkan maaf, menawarkan kepadamu hubungan yang halal dan terhormat. Ia datang untuk meminangmu dan menikahimu, puteriku Puteriku, engkau tahu bahawa jikalau saja engkau mahu..engkau boleh menjadikan dirimu sebagai fitnah dan godaan yg membinasakan kaum lelaki sehingga kaum lelaki tdk mampu menghindari dari godaan itu. Tapi sebaliknya, engkau juga boleh menjadi penolong lelaki itu agar mereka terhindar dari fitnah wanita.

Puteriku, sedarilah bahwa kedudukanmu dalam kehidupan lelaki merupakan ujian dunia yg paling berbahaya. Maka jadikanlah ketaqwaanmu sebagai penolong lelaki untuk memperoleh keredhoan Allah, dan jangan jadikan kelebihanmu dalam bermaksiat pada Allah dijadikan penolong oleh lelaki untuk memperolehi keredhoan syaitan.
Semoga Allah sentiasa menolong dan memberikan hidayah-NYA. Amin.

Tuesday, 3 May 2011

TEMUDUGA TERTUTUP


SEMUA DIKEHENDAKI HADIR TANPA SEBARANG PENGECUALIAN KEKOSONGAN JAWATAN:

a.Ahli Syurga Dari Awal.

b.Ahli Neraka Dari Awal.

c.Ahli Neraka Sementara Kemudian Akan Dilantik Jadi Ahil Syurga.

EMPAT GANJARAN LUMAYAN (Khas untuk jawatan A)

1. Nikmat Kubur.

2. Perlindungan di Padang Mahsyar.

3. Keselamatan Meniti Titian Sirat.

4. Syurga yang kekal abadi.

TARIKH TEMUDUGA: Bila-bila masa secara langsung ataupun tidak langsung, bermula dari saat membaca iklan ini.

 
LOKASI TEMUDUGA: Di dalam kubur (Alam Barzakh)

 
KELAYAKAN:

* Anda tidak perlu membawa sijil-sijil.

* Anda tidak perlu bawa pingat/pangkat dato seri/datin/diva/big boss/Anugerah Juara Lagu dan sebagainya.

* Anda tidak perlu bawa wang tunai(credit card) atau harta yang banyak.

* Anda tidak perlu berparas rupa yang cantik(ber make-up), hansem, macho, berbadan tegap ataupun seksi tahap maut.

~ Sila bawa dokumen asal IMAN dan AMALAN.

PANEL/PENUMUDUGA: MUNGKAR dan NANKIR.

 
ENAM SOALAN BOCOR:

1. Siapa Tuhan anda ?

2. Apa Agama anda ?

3. Siapa Nabi anda ?

4. Apa Kitab anda ?

5. Dimana Kiblat anda ?

6. Siapa Saudara anda ?

CARA MEMOHON: Anda cuma perlu menunggu penjemput yang berkaliber untuk menjemput anda.Ia akan menjemput anda pada bila-bila masa saja (mungkin sekejap lagi).Ia akan berlemah-lembut kepada orang-orang tertentu dan akan bengis kepada orang-orang tertentu.Ia diberi nama Izrail.

 
Semoga Berjaya Dalam Temuduga Ini, Aamiin ya ALLAH

Monday, 2 May 2011

CANTIKNYA SEORANG MUSLIMAH

Awalnya aku tidak percaya diri..
Dengan pakaian tertutup rapi..
Kawan-kawan berkata aku tidak ‘trendy’..
Tapi Abi berkata aku cantik begitu pun Umi..

Wahai kawan yang bermimpi sanjungan..
Cantik bukan bererti buka-bukaan..
Cantik bukan bererti selalu berdandan..
Dan cantik bukan bererti seorang pujaan..

Ku ulurkan jilbabku sehingga terasa damai hatiku..
Ku longgarkan pakaianku sehingga tertutup bentuk tubuhku..
Ku lakukan semua itu demi cintaku pada Rabbi ku..
Dan ku berbisik dalam hatiku, ‘semoga Engkau bahagia melihatku’..

Andai semua orang memahami..
Cantik lahir bukanlah ukuran..
Tapi cantik hati memikat semua orang..
Dan yang utama berbudi pekerti..
Seperti yang Rasul contohkan..

Sunday, 1 May 2011

TUDUNG TAK WAJIB?

“Yus, boleh i tanya u satu soalan.” Tanya Lissa memulakan perjumpaan petang itu kepada saya.

“Satu soalan berharga 5 ringgit.” Saya bergurau dengan beliau.

“Tak kisah, 10 ringgit pun i sanggup bayar.” Kami gelak.

Petang itu Lissa menghubungi saya, katanya ada benda penting yang mahu dia tanya . Kebetulan ketika itu saya berada di Borders, Time Square sedang mencari buku untuk dibeli. Saya menyuruh Lissa berjumpa di Starbuck.

Saya tidak pernah berjumpa dengan Lissa. Kalau ada pun hanyalah di alam maya. Dengan kemudahan Yahoo Messenger (YM) beliau sering bertanya pelbagai perkara tentang agama, lebih-lebih lagi berkaitan dengan hak-hak wanita.

“Mengapa Islam mewajibkan perempuan pakai tudung.” Tanya Lissa.

Pertamanya saya cuba mencari jawaban yang sesuai untuknya. Lissa yang berada di depan saya ini bukanlah seorang Muslimah yang bertudung litup, beliau hanyalah seorang perempuan yang sedang mencari makna menjadi seorang Muslim.

“Tudung tak wajib pun.” Jawab saya selamba.

“Eh, biar betul.”

“Tudung tak wajib, tapi menutup aurat itu wajib.”

“Ohh. Aurat itu macam mana pula” Saya tak nampak yang Lissa faham, tetapi dia sedang ligat berfikir.

“Aurat itu menutup sebahagian tubuh badan yang tidak boleh ditayangkan kepada orang lain secara terbuka. Macam tayang free dekat wayang.” Usik saya. Lissa cuba membetul-betulkan duduknya.

“Jangan terasa hati. Saya tak perli awak, tapi memberitahu definasi aurat. Lagipun kita jumpa ini pun nak bincang pasal ini kan?” Dia mengangguk kemudian senyum.

“Awak percaya tak, dalam al-Quran Allah sebut pasal aurat ini pertama sekali pada lelaki. Bukan pada perempuan.” Saya cuba mencari point lain untuk tidak membuatkan beliau kurang selesa membincangkan perkara ini.

“Entah, tak tahu pun.” Jawab lissa jujur.

“Dalam surah An-nur surah yang ke 24 ayat 30, Allah berfirman, “Katakanlah kepada orang lelaki yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya; yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat.” Saya cuba mengingat-ingat kembali potongan ayat dari surah an-Nur.

“Dalam ayat ini, orang pertama yang diingatkan tentang aurat ini ialah lelaki, bukannya perempuan. Maknanya, dalam hal aurat tidak adil jika kita hanya membicarakan tentang wanita. Sepatutnya lelaki perlu lebih tahu dan aware dengan perkara ini.”

“Awak sokong lelaki ke perempuan?” Tanya Lissa. Kami tergelak.

“Ok, lepas itu.” Gesa lissa.

“Lepas ayat tentang aurat ini ditujukan kepada lelaki, barulah Allah tujukan perintah menuntup aurat ini kepada wanita. Firman Allah dalam surah yang sama tapi ayat ke 31, “Katakanlah kepada wanita yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak dari padanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain kudung kedadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya kecuali kepada suami mereka,....”

“Awak tahu tak, arahan menutup aurat ini adalah antara kebaikan yang besar Allah berikan kepada wanita.”

“Kenapa pula? I rasa selesa saja pakai macam ini.”

“Betul ke awak selesa? Cuba kalau ada orang pandang awak macam ini.” Saya bulatkan mata, kemudian pandang tanpa kelip pada Lissa.

”Eh, seram sejuk juga.” Lissa menyuruh saya berhenti.

“Ha, tau pun. Itu sebab Allah perintahkan sama ada lelaki mahupun wanita untuk menutup aurat. Lebih-lebih lagi untuk melindungi wanita dari benda-benda macam itu lah.”

“Firman Allah dalam surah al-Ahzab surah ke 33 ayat 59, “Hai Nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin: "Hendaklah mereka mengulurkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka." Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal, karena itu mereka tidak di ganggu..”

“Dalam ayat ini, Allah kata tujuan perintah Dia kepada umat Islam untuk menutup aurah ialah supaya perempuan-perempuan tidak diganggu dan mudah untuk kita kenal.”

“Very impress. Tak tahu pula i dalam al-Quran ada sebut pasal gangguan ini. Al-Quran dah lama kan?”

“Yup, lebih dari 1400 tahun al-Quran diwahyukan. Kandungannya penuh dengan hikmah dan kebaikan. Sama ada untuk masa depan, mahupun sekarang.”

“Awak tahu tak. Kalaulah tak ada arahan menutup aurat ini, saya yakin gejala sosial yang dasyat akan jadi. Masing-masing akan membuat etika pakaian sendiri, dan masyarakat akan hilang moral di atas perkara ini.”

“For Example, kalau tak ada arahan ini sure bogel pun masyarakat boleh terima kan? Ish, gile!” Saya gelak kecil mendengar contoh yang diberi Lissa.

“By the way, kalau i tutup semua badan i kecuali muka dan tangan yang u kata tadi. Then i nak macam bergaya sikit, ala macam fashion-fashion sikit boleh tak?”

“Of course boleh. Tapi awak kena berpada-pada lah dengan fashion yang dipakai itu. Janganlah terlalu ranggi. Kejap saya ada contoh pakaian Muslimah yang bergaya.” Saya pusing laptop saya ke arah Lissa dan menunjukkan gambar seorang Muslimah Turki berpakaian.

“Wah, great. Smart-lah dia pakai macam ini. Tapi kan, i takutlah nak terus pakai macam ini.” Lissa suarakan keresahan dia.

“Ikut kemampuan Lissa. Kalau Lissa nak berubah perlahan-lahan pun tak kisah. Sebab Islam bukanlah agama yang mendesak. Tapi agama yang selalu bagi kemudahan dan bertolak ansur dengan penganutnya. Mula-mula, pakai pakaian yang longat sikit.” Lissa senyum. “Kemudian barulah tutup kepala, dan seterusnya. Awak yang tahu keadaan awak, jadi awak berhak ke atas diri awak.”

“Eh dah pukul 6. Saya nak balik. Malam ini saya ada meting. InsyaAllah kalau ada masa kita boleh borak lagi.” Ujar saya pada Lissa. Saya kemas-kemas kemudian memberikan buku Ask Brother Shah kepada beliau.

“Ini buku tulisan guru saya, Brother Shahkirit. Saya tengah terjemah buku ini dalam bahasa Melayu. Awak ambil ini, kemudian baca dekat rumah. Apa-apa yang awak tak faham, jangan malu-malu untuk call saya.” Saya akhiri perjumpaan tersebut.

“Kalau tak call u pun, nanti i YM u.”

“Okeyh”

Tuesday, 19 April 2011

"Aku Sudah Bertunang"

Hari-hari berlalu yang dilewati seakan sudah bertahun lamanya, namun yang perlu diakui ialah ianya baru beberapa minggu lalu. Iya, hanya beberapa minggu lalu. Berita itu aku sambut dengan hati yang diusahakan untuk berlapang dada. Benar, aku berusaha berlapang dada. Terkadang, terasa nusrah Ilahi begitu hampir saat kita benar-benar berada di tepi tebing, tunggu saat untuk menjunam jatuh ke dalam gaung. Maha Suci Allah yang mengangkat aku, meletakkan aku kembali di jalan tarbiyyah dan terus memimpin untukku melangkah dengan tabah.

Aku hanya seorang insyirah. Tiada kelebihan yang teristimewa, tidak juga punya apa-apa yang begitu menonjol. Jalan ku juga dua kaki, lihat ku juga menggunakan mata, sama seperti manusia lain yang menumpang di bumi Allah ini. Aku tidak buta, tidak juga tuli mahupun bisu. Aku bisa melihat dengan sepasang mata pinjaman Allah, aku bisa mendengar dengan sepasang telinga pinjaman Allah juga aku bisa bercakap dengan lidahku yang lembut tidak bertulang. Sama seperti manusia lain.

Aku bukan seperti bondanya Syeikh Qadir al-Jailani, aku juga tidak sehebat srikandi Sayyidah Khadijah dalam berbakti, aku bukan sebaik Sayyidah Fatimah yang setia menjadi pengiring ayahanda dalam setiap langkah perjuangan memartabatkan Islam. Aku hanya seorang Insyirah yang sedang mengembara di bumi Tuhan, jalanku kelak juga sama... Negeri Barzakh, insya Allah. Destinasi aku juga sama seperti kalian, Negeri Abadi. Tiada keraguan dalam perkara ini.

Sejak dari hari istimewa tersebut, ramai sahabiah yang memuji wajahku berseri dan mereka yakin benar aku sudah dikhitbah apabila melihat kedua tangan ku memakai cincin di jari manis. Aku hanya tersenyum, tidak mengiyakan dan tidak pula menidakkan. Diam ku bukan membuka pintu-pintu soalan yang maha banyak, tetapi diam ku kerana aku belum mampu memperkenalkan insan itu. Sehingga kini, aku tetap setia dalam penantian.

Ibu bertanyakan soalan yang sewajarnya aku jawab dengan penuh tatasusila.

"Hari menikah nanti nak pakai baju warna apa?"

Aku menjawab tenang.. "Warna putih, bersih..."

"Alhamdulillah, ibu akan usahakan dalam tempoh terdekat."

"Ibu, 4 meter sudah cukup untuk sepasang jubah. Jangan berlebihan."

Ibu angguk perlahan.

Beberapa hari ini, aku menyelak satu per satu... helaian demi helaian naskhah yang begitu menyentuh nubari aku sebagai hamba Allah. Malam Pertama... Sukar sekali aku ungkapkan perasaan yang bersarang, mahu saja aku menangis semahunya tetapi sudah aku ikrarkan, biarlah Allah juga yang menetapkan tarikhnya kerana aku akan sabar menanti hari bahagia tersebut. Mudah-mudahan aku terus melangkah tanpa menoleh ke belakang lagi. Mudah-mudahan ya Allah.

Sejak hari pertunangan itu, aku semakin banyak mengulang al-Quran. Aku mahu sebelum tibanya hari yang aku nantikan itu, aku sudah khatam al-Quran, setidak-tidaknya nanti hatiku akan tenang dengan kalamullah yang sudah meresap ke dalam darah yang mengalir dalam tubuh. Mudah-mudahan aku tenang... As-Syifa' aku adalah al-Quran, yang setia menemani dalam resah aku menanti. Benar, aku sedang memujuk gelora hati. Mahu pecah jantung menanti detik pernikahan tersebut, begini rasanya orang-orang yang mendahului.

"Kak Insyirah, siapa tunang akak? Mesti hebat orangnya. Kacak tak?"

Aku tersenyum, mengulum sendiri setiap rasa yang singgah. Maaf, aku masih mahu merahsiakan tentang perkara itu. Cukup mereka membuat penilaian sendiri bahawa aku sudah bertunang, kebenarannya itu antara aku dan keluarga.

"Insya Allah, 'dia' tiada rupa tetapi sangat mendekatkan akak dengan Allah. Itu yang paling utama."

Berita itu juga buat beberapa orang menjauhkan diri dariku. Kata mereka, aku senyapkan sesuatu yang perlu diraikan. Aku tersenyum lagi.

"Jangan lupa jemput ana di hari menikahnya, jangan lupa!"

Aku hanya tersenyum entah sekian kalinya. Apa yang mampu aku zahirkan ialah senyuman dan terus tersenyum. Mereka mengandai aku sedang berbahagia apabila sudah dikhitbahkan dengan 'dia' yang mendekatkan aku dengan Allah. Sahabiah juga merasa kehilangan ku apabila setiap waktu terluang aku habiskan masa dengan as-Syifa' ku al-Quran, tidak lain kerana aku mahu kalamullah meresap dalam darahku, agar ketenangan akan menyelinap dalam setiap derap nafas ku menanti hari itu.

"Bila enti menikah?"

Aku tiada jawapan khusus.

"Insya Allah, tiba waktunya nanti enti akan tahu..." Aku masih menyimpan tarikh keramat itu, bukan aku sengaja tetapi memang benar aku sendiri tidak tahu bila tarikhnya.

"Jemput ana tau!" Khalilah tersenyum megah.

"Kalau enti tak datang pun ana tak berkecil hati, doakan ana banyak-banyak!" Itu saja pesanku. Aku juga tidak tahu di mana mahu melangsungkan pernikahan ku, aduh semuanya menjadi tanda tanya sendiri. Diam dan terus berdiam membuatkan ramai insan berkecil hati.

"Insya Allah, kalian PASTI akan tahu bila sampai waktunya nanti..."

Rahsia ku adalah rahsia Allah, kerana itu aku tidak mampu memberikan tarikhnya. Cuma, hanya termampu aku menyiapkan diri sebaiknya. Untung aku dilamar dan dikhitbah dahulu tanpa menikah secara terkejut seperti orang lain. Semuanya aku sedaya upaya siapkan, baju menikahnya, dan aku katakan sekali lagi kepada ibu...

"Usah berlebihan ya..."

Ibu angguk perlahan dan terus berlalu, hilang dari pandangan mata.

"Insyirah, jom makan!"

Aku tersenyum lagi... Akhir-akhir ini aku begitu pemurah dengan senyuman.

"Tafaddal, ana puasa."

Sahabiah juga semakin galak mengusik.

"Wah, Insyirah diet ya. Maklumlah hari bahagia dah dekat... Tarikhnya tak tetap lagi ke?"

"Bukan diet, mahu mengosongkan perut. Maaf, tarikhnya belum ditetapkan lagi."

Sehingga kini, aku tidak tahu bila tarikhnya yang pasti. Maafkan aku sahabat, bersabarlah menanti hari tersebut. Aku juga menanti dengan penuh debaran, moga aku bersedia untuk hari pernikahan tersebut dan terus mengecap bahagia sepanjang alam berumahtangga kelak. Doakan aku, itu sahaja.

.......................................

"innalillahi wainna ilaihi rajiun..."

"Tenangnya... Subhanallah. Allahuakbar."

"Ya Allah, tenangnya..."

"Moga Allah memberkatinya...."

Allah, itu suara sahabat-sahabat ku, teman-teman seperjuangan aku pada ibu.

Akhirnya, aku selamat dinikahkan setelah sabar dalam penantian. Sahabiah ramai yang datang di majlis walimah walaupun aku tidak menjemput sendiri.

Akhirnya, mereka ketahui sosok 'dia' yang mendekatkan aku kepada Allah.
Akhirnya, mereka kenali sosok 'dia' yang aku rahsiakan dari pengetahuan umum.
Akhirnya, mereka sama-sama mengambil 'ibrah dari sosok 'dia' yang mengkhitbah ku.

Dalam sedar tidak sedar...

Hampir setiap malam sebelum menjelang hari pernikahan ku... Sentiasa ada suara sayu yang menangis sendu di hening malam, dalam sujud, dalam rafa'nya pada Rabbi, dalam sembahnya pada Ilahi. Sayup-sayup hatinya merintih. Air matanya mengalir deras, hanya Tuhan yang tahu.

"Ya Allah, telah Engkau tunangkan aku tidak lain dengan 'dia' yang mendekatkan dengan Engkau. Yang menyedarkan aku untuk selalu berpuasa, yang menyedarkan aku tentang dunia sementara, yang menyedarkan aku tentang alam akhirat. Engkau satukan kami dalam majlis yang Engkau redhai, aku hamba Mu yang tak punya apa-apa selain Engkau sebagai sandaran harapan. Engkau maha mengetahui apa yang tidak aku ketahui..."

Akhirnya, Khalilah bertanya kepada ibu beberapa minggu kemudian...

"Insyirah bertunang dengan siapa, mak cik?"

Ibu tenang menjawab... "Dengan kematian wahai anakku. Kanser tulang yang mulanya hanya pada tulang belakang sudah merebak dengan cepat pada tangan, kaki juga otaknya. Kata doktor, Insyirah hanya punya beberapa minggu sahaja sebelum kansernya membunuh."

"Allahuakbar..." Terduduk Khalilah mendengar, air matanya tak mampu ditahan.

"Buku yang sering dibacanya itu, malam pertama..."

Ibu angguk, tersenyum lembut... "Ini nak, bukunya." Senaskah buku bertukar tangan, karangan Dr 'Aidh Abdullah al-Qarni tertera tajuk 'Malam Pertama di Alam Kubur'.

"Ya Allah, patut la Insyirah selalu menangis... Khalilah tak tahu mak cik."

"Dan sejak dari hari 'khitbah' tersebut, selalu Insyirah mahu berpuasa. Katanya mahu mengosongkan perut, mudah untuk dimandikan..."

Khalilah masih kaku. Tiada suara yang terlontar. Matanya basah menatap kalam dari diari Insyirah yang diberikan oleh ibu.

"Satu cincin ini aku pakai sebagai tanda aku di risik oleh MAUT. Dan satu cincin ini aku pakai sebagai tanda aku sudah bertunang dengan MAUT. Dan aku akan sabar menanti tarikhnya dengan mendekatkan diri ku kepada ALLAH. Aku tahu ibu akan tenang menghadapinya, kerana ibuku bernama Ummu Sulaim, baginya anak adalah pinjaman dari ALLAH yang perlu dipulangkan apabila ALLAH meminta. Dan ibu mengambil 'ibrah bukan dari namanya (Ummu Sulaim) malah akhlaqnya sekali. Ummu Sulaim, seteguh dan setabah hati seorang ibu."

Sunday, 17 April 2011

SENARAI PESERTA KEMBARA IPT YG TERAWAL DAN TERPILIH

Muhammad Hafizullah bin Ramli
Wan Muhammad Faez bin Wan Ibrahim
Muhammad Hafizuddin b Mohamad Roslan
Wan Syahrul Afif bin Samsudin
Muhammad Husaif bin Mamat
Raja Abdul Rashid bin Raja Gazali
Ahmad Firdaus bin Zaini
Ahmad Faris bin Hussain
Muhd Syamin bin Rashid
Amir Syauqie bin Azlan
Mohamad Ikhwan bin Mohd Zuki
Fatin Nur Athirah Sukur
Afifah bt Ubaidullah
Nurul Asyiqin bt Ruslan
Nurul Izzana Ismail
Nur Afifah bt Mohd Zahir
Nor Ain Nasuha Hashim
Alyaa’ Fadhilah bt Mohamad
Che Masdina Che Hanafi
Siti Nurul Syahirah bt Che Othman
Maizatul Afiqah Zakaria
Nur Syuhada Mustofa
Sumaiyah bt Jaafar
Nor Izzatul Syazana
Shahida Munirah bt Mohamad Shah
Nor Fadhilah bt Mohd Zuki
Nor Afifah Jilani
Siti Mahfuzah bt Mardy
Nurul Malihah bt Che Long
Nurliyana Faseha bt Abd Aziz
Nur Afiqah bt Hashim
Nur Hidayah bt Abd Ghafar
Nurul Syafiqah bt Mazlan
Hanna Syakirah Mohd Yazid
Nur Syahirah binti Suhaimi
Suriyati bt Zakaria

KAWAL MARAH

cara bagaimana nak lawan marah, dah tahan, tapi bangkit juga kemarahan tu....

Kadang-kadang kita cuba lawan marah, tapi ada juga kebanyakan orang yang dah cuba lawan marah dan akhirnya terlepas juga. Maka ketika itu kita kene berhati-hati supaya kita tidak menggunakan perkara tersebut untuk perkara yang tercela. Sesungguhnya cara nak lawan marah selepas ditahan tapi terlepas juga ialah dengan ILMU DAN AMAL.

Apabila kita sampai tahap ini, kita cuba

1. Berfikir apakah kelebihan orang yang lawan marah (sabar), memaafkan, kita gemar pada pahalanya, dan manfaatnya kita akan memperolehi ganjaran, kecintaan nak dapatkan pahala itu dan ianya dapat melawan kita dari marah dan kemarahan kita pun akan reda.
2. Takut dengan azab Allah, kalau Allah marah kita apa kita nak buat..kita buat salah Allah tak marah kita malah Allah bagi ruang untuk kita bertaubat. Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.
3. Takutkan diri kita akan akibat permusuhan@balas dendam, fikir semula, kalau kita balas balik pasti akan ada balas balik lagi dan permusuhan ini tidak akan selesai.
4. Tengok muka orang yang nak marah, betapa buruknya ketika marah, jadi kita fikir, kalau kita marah muka kita pun sama macam tu..dan kita fikir buruknya marah tu seperti anjing, dan orang yang sabar seperti nabi-nabi, ulama'...(kita fikirlah kita nak wajah seperti siapa???)
5. Fikir apakah punca kita nak balas dendam? x boleh sabar ke? sbg cth kpd punca nak balas dendam adalah perkataan syaitan.

kita mestilah tahan diri kita dari marah, mesti sabar kerana Allah, dan dengan lisan sebut a'uzubillahiminassyaitonirrajim... kalau orang nak marah dia berdiri, kita suruh dia duduk, orang nak marah dia duduk suruh baring, dan sunat orang yang nak marah ambil wuduk, kerana marah itu dari api dan akan padam dengan air..

sumber rujukan: kitab mau'izatul mukminin