Tuesday 8 March 2011

Kelab Pemikir Muda (PEMIKIR)


          Alamat

Universiti Sultan Zainal Abidin,
Kampus KUSZA, Gong Badak,
21300 Kuala Terengganu,
Terengganu Darul Iman.
  
       Motto

“Menjana Intelektual Meningkatkan Jati Diri'
              
            Tujuan persatuan ini ditubuhkan adalah :

1.3.1    Menjadi pusat pencetus dalam menjana minda mahasiswa yang berdaya saing.
1.3.2    Meningkatkan tahap intelektual dan aktiviti persatuan dalam semua aspek,             meliputi agama, akademik, sahsiah, dan sosial.
1.3.3    Memugar kembali semangat mahasiswa dalam memartabatkan idealisme     yang kritis.
1.3.4    Mengukuhkan kesedaran mahasiswa melalui pemerkasaan budaya ilmu                   dan berfikir.
1.3.5    Membangkitkan keprihatinan dan iltizam mahasiswa terhadap isu-isu          semasa dalam ruang lingkup sebagai pelajar.
1.3.6    Memelihara hak, kepentingan, dan kehormatan ahli dalam semua situasi di Universiti Sultan Zainal Abidin.
1.3.7    Mendokong dan memperjuangkan aspirasi dan inspirasi Universiti Sultan  Zainal Abidin dalam melahirkan mahasiswa yang berketerampilan dan berkepimpinan.
1.3.8    Memberi sumbangan yang konkrit untuk perkembangan dan kemajuan        masyarakat dalam segenap lapangan serta memperjuangkan hak-hak dan            kepentingannya.
1.3.9    Bekerjasama dengan agensi kerajaan dan pertubuhan-pertubuhan bukan      kerajaan (NGO) dalam bersama-sama berusaha memperjuangkan Islam         untuk pembangunan dan kemajuan agama dan negara.
1.4.0    Memperkasakan semangat ukhuwwah di kalangan mahasiswa Universiti     Sultan Zainal Abidin .



No comments: