Saturday 26 March 2011

Malam Pengenalan PEMIKIR

Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Ilahi KELAB PEMIKIR MUDA telah berjaya menjalankan Malam Pengenalan PEMIKIR buat kali yang pertama pada JUMAAT, 25 MAC 2011 bertempat di blok othman 01.

Untuk makluman semua, Malam Pengenalan ini bertujuan untuk memperkenalkan KELAB PEMIKIR MUDA ini kepada ahli kelab. Disamping itu ia juga bertujuan memperkenalkan penasihat dan jawatankuasa kelab kepada semua.

antara agenda pada malam itu ialah :
  • Pengenalan PEMIKIR
  • Sesi soal jawab
  • Ucapan Presiden PEMIKIR
  • Ucapan Penasihat PEMIKIR
  • Kuiz
  • Cabutan bertuah
  • Makan malam bersama

TAHNIAH diucapkan kepada semua yang terlibat
 
*gambar insyaAllah akan di uploud kemudian...

1 comment:

NUR DAIE said...

tahniah dan takziah kepada pimpinan baru..selamat menjalankan amanah yang telah dipertanggungjawabkan kepada kalian..ingat tanggungjawab: tanggung kat dunia jawab kat akhirat...