Tuesday, 19 April 2011

"Aku Sudah Bertunang"

Hari-hari berlalu yang dilewati seakan sudah bertahun lamanya, namun yang perlu diakui ialah ianya baru beberapa minggu lalu. Iya, hanya beberapa minggu lalu. Berita itu aku sambut dengan hati yang diusahakan untuk berlapang dada. Benar, aku berusaha berlapang dada. Terkadang, terasa nusrah Ilahi begitu hampir saat kita benar-benar berada di tepi tebing, tunggu saat untuk menjunam jatuh ke dalam gaung. Maha Suci Allah yang mengangkat aku, meletakkan aku kembali di jalan tarbiyyah dan terus memimpin untukku melangkah dengan tabah.

Aku hanya seorang insyirah. Tiada kelebihan yang teristimewa, tidak juga punya apa-apa yang begitu menonjol. Jalan ku juga dua kaki, lihat ku juga menggunakan mata, sama seperti manusia lain yang menumpang di bumi Allah ini. Aku tidak buta, tidak juga tuli mahupun bisu. Aku bisa melihat dengan sepasang mata pinjaman Allah, aku bisa mendengar dengan sepasang telinga pinjaman Allah juga aku bisa bercakap dengan lidahku yang lembut tidak bertulang. Sama seperti manusia lain.

Aku bukan seperti bondanya Syeikh Qadir al-Jailani, aku juga tidak sehebat srikandi Sayyidah Khadijah dalam berbakti, aku bukan sebaik Sayyidah Fatimah yang setia menjadi pengiring ayahanda dalam setiap langkah perjuangan memartabatkan Islam. Aku hanya seorang Insyirah yang sedang mengembara di bumi Tuhan, jalanku kelak juga sama... Negeri Barzakh, insya Allah. Destinasi aku juga sama seperti kalian, Negeri Abadi. Tiada keraguan dalam perkara ini.

Sejak dari hari istimewa tersebut, ramai sahabiah yang memuji wajahku berseri dan mereka yakin benar aku sudah dikhitbah apabila melihat kedua tangan ku memakai cincin di jari manis. Aku hanya tersenyum, tidak mengiyakan dan tidak pula menidakkan. Diam ku bukan membuka pintu-pintu soalan yang maha banyak, tetapi diam ku kerana aku belum mampu memperkenalkan insan itu. Sehingga kini, aku tetap setia dalam penantian.

Ibu bertanyakan soalan yang sewajarnya aku jawab dengan penuh tatasusila.

"Hari menikah nanti nak pakai baju warna apa?"

Aku menjawab tenang.. "Warna putih, bersih..."

"Alhamdulillah, ibu akan usahakan dalam tempoh terdekat."

"Ibu, 4 meter sudah cukup untuk sepasang jubah. Jangan berlebihan."

Ibu angguk perlahan.

Beberapa hari ini, aku menyelak satu per satu... helaian demi helaian naskhah yang begitu menyentuh nubari aku sebagai hamba Allah. Malam Pertama... Sukar sekali aku ungkapkan perasaan yang bersarang, mahu saja aku menangis semahunya tetapi sudah aku ikrarkan, biarlah Allah juga yang menetapkan tarikhnya kerana aku akan sabar menanti hari bahagia tersebut. Mudah-mudahan aku terus melangkah tanpa menoleh ke belakang lagi. Mudah-mudahan ya Allah.

Sejak hari pertunangan itu, aku semakin banyak mengulang al-Quran. Aku mahu sebelum tibanya hari yang aku nantikan itu, aku sudah khatam al-Quran, setidak-tidaknya nanti hatiku akan tenang dengan kalamullah yang sudah meresap ke dalam darah yang mengalir dalam tubuh. Mudah-mudahan aku tenang... As-Syifa' aku adalah al-Quran, yang setia menemani dalam resah aku menanti. Benar, aku sedang memujuk gelora hati. Mahu pecah jantung menanti detik pernikahan tersebut, begini rasanya orang-orang yang mendahului.

"Kak Insyirah, siapa tunang akak? Mesti hebat orangnya. Kacak tak?"

Aku tersenyum, mengulum sendiri setiap rasa yang singgah. Maaf, aku masih mahu merahsiakan tentang perkara itu. Cukup mereka membuat penilaian sendiri bahawa aku sudah bertunang, kebenarannya itu antara aku dan keluarga.

"Insya Allah, 'dia' tiada rupa tetapi sangat mendekatkan akak dengan Allah. Itu yang paling utama."

Berita itu juga buat beberapa orang menjauhkan diri dariku. Kata mereka, aku senyapkan sesuatu yang perlu diraikan. Aku tersenyum lagi.

"Jangan lupa jemput ana di hari menikahnya, jangan lupa!"

Aku hanya tersenyum entah sekian kalinya. Apa yang mampu aku zahirkan ialah senyuman dan terus tersenyum. Mereka mengandai aku sedang berbahagia apabila sudah dikhitbahkan dengan 'dia' yang mendekatkan aku dengan Allah. Sahabiah juga merasa kehilangan ku apabila setiap waktu terluang aku habiskan masa dengan as-Syifa' ku al-Quran, tidak lain kerana aku mahu kalamullah meresap dalam darahku, agar ketenangan akan menyelinap dalam setiap derap nafas ku menanti hari itu.

"Bila enti menikah?"

Aku tiada jawapan khusus.

"Insya Allah, tiba waktunya nanti enti akan tahu..." Aku masih menyimpan tarikh keramat itu, bukan aku sengaja tetapi memang benar aku sendiri tidak tahu bila tarikhnya.

"Jemput ana tau!" Khalilah tersenyum megah.

"Kalau enti tak datang pun ana tak berkecil hati, doakan ana banyak-banyak!" Itu saja pesanku. Aku juga tidak tahu di mana mahu melangsungkan pernikahan ku, aduh semuanya menjadi tanda tanya sendiri. Diam dan terus berdiam membuatkan ramai insan berkecil hati.

"Insya Allah, kalian PASTI akan tahu bila sampai waktunya nanti..."

Rahsia ku adalah rahsia Allah, kerana itu aku tidak mampu memberikan tarikhnya. Cuma, hanya termampu aku menyiapkan diri sebaiknya. Untung aku dilamar dan dikhitbah dahulu tanpa menikah secara terkejut seperti orang lain. Semuanya aku sedaya upaya siapkan, baju menikahnya, dan aku katakan sekali lagi kepada ibu...

"Usah berlebihan ya..."

Ibu angguk perlahan dan terus berlalu, hilang dari pandangan mata.

"Insyirah, jom makan!"

Aku tersenyum lagi... Akhir-akhir ini aku begitu pemurah dengan senyuman.

"Tafaddal, ana puasa."

Sahabiah juga semakin galak mengusik.

"Wah, Insyirah diet ya. Maklumlah hari bahagia dah dekat... Tarikhnya tak tetap lagi ke?"

"Bukan diet, mahu mengosongkan perut. Maaf, tarikhnya belum ditetapkan lagi."

Sehingga kini, aku tidak tahu bila tarikhnya yang pasti. Maafkan aku sahabat, bersabarlah menanti hari tersebut. Aku juga menanti dengan penuh debaran, moga aku bersedia untuk hari pernikahan tersebut dan terus mengecap bahagia sepanjang alam berumahtangga kelak. Doakan aku, itu sahaja.

.......................................

"innalillahi wainna ilaihi rajiun..."

"Tenangnya... Subhanallah. Allahuakbar."

"Ya Allah, tenangnya..."

"Moga Allah memberkatinya...."

Allah, itu suara sahabat-sahabat ku, teman-teman seperjuangan aku pada ibu.

Akhirnya, aku selamat dinikahkan setelah sabar dalam penantian. Sahabiah ramai yang datang di majlis walimah walaupun aku tidak menjemput sendiri.

Akhirnya, mereka ketahui sosok 'dia' yang mendekatkan aku kepada Allah.
Akhirnya, mereka kenali sosok 'dia' yang aku rahsiakan dari pengetahuan umum.
Akhirnya, mereka sama-sama mengambil 'ibrah dari sosok 'dia' yang mengkhitbah ku.

Dalam sedar tidak sedar...

Hampir setiap malam sebelum menjelang hari pernikahan ku... Sentiasa ada suara sayu yang menangis sendu di hening malam, dalam sujud, dalam rafa'nya pada Rabbi, dalam sembahnya pada Ilahi. Sayup-sayup hatinya merintih. Air matanya mengalir deras, hanya Tuhan yang tahu.

"Ya Allah, telah Engkau tunangkan aku tidak lain dengan 'dia' yang mendekatkan dengan Engkau. Yang menyedarkan aku untuk selalu berpuasa, yang menyedarkan aku tentang dunia sementara, yang menyedarkan aku tentang alam akhirat. Engkau satukan kami dalam majlis yang Engkau redhai, aku hamba Mu yang tak punya apa-apa selain Engkau sebagai sandaran harapan. Engkau maha mengetahui apa yang tidak aku ketahui..."

Akhirnya, Khalilah bertanya kepada ibu beberapa minggu kemudian...

"Insyirah bertunang dengan siapa, mak cik?"

Ibu tenang menjawab... "Dengan kematian wahai anakku. Kanser tulang yang mulanya hanya pada tulang belakang sudah merebak dengan cepat pada tangan, kaki juga otaknya. Kata doktor, Insyirah hanya punya beberapa minggu sahaja sebelum kansernya membunuh."

"Allahuakbar..." Terduduk Khalilah mendengar, air matanya tak mampu ditahan.

"Buku yang sering dibacanya itu, malam pertama..."

Ibu angguk, tersenyum lembut... "Ini nak, bukunya." Senaskah buku bertukar tangan, karangan Dr 'Aidh Abdullah al-Qarni tertera tajuk 'Malam Pertama di Alam Kubur'.

"Ya Allah, patut la Insyirah selalu menangis... Khalilah tak tahu mak cik."

"Dan sejak dari hari 'khitbah' tersebut, selalu Insyirah mahu berpuasa. Katanya mahu mengosongkan perut, mudah untuk dimandikan..."

Khalilah masih kaku. Tiada suara yang terlontar. Matanya basah menatap kalam dari diari Insyirah yang diberikan oleh ibu.

"Satu cincin ini aku pakai sebagai tanda aku di risik oleh MAUT. Dan satu cincin ini aku pakai sebagai tanda aku sudah bertunang dengan MAUT. Dan aku akan sabar menanti tarikhnya dengan mendekatkan diri ku kepada ALLAH. Aku tahu ibu akan tenang menghadapinya, kerana ibuku bernama Ummu Sulaim, baginya anak adalah pinjaman dari ALLAH yang perlu dipulangkan apabila ALLAH meminta. Dan ibu mengambil 'ibrah bukan dari namanya (Ummu Sulaim) malah akhlaqnya sekali. Ummu Sulaim, seteguh dan setabah hati seorang ibu."

Sunday, 17 April 2011

SENARAI PESERTA KEMBARA IPT YG TERAWAL DAN TERPILIH

Muhammad Hafizullah bin Ramli
Wan Muhammad Faez bin Wan Ibrahim
Muhammad Hafizuddin b Mohamad Roslan
Wan Syahrul Afif bin Samsudin
Muhammad Husaif bin Mamat
Raja Abdul Rashid bin Raja Gazali
Ahmad Firdaus bin Zaini
Ahmad Faris bin Hussain
Muhd Syamin bin Rashid
Amir Syauqie bin Azlan
Mohamad Ikhwan bin Mohd Zuki
Fatin Nur Athirah Sukur
Afifah bt Ubaidullah
Nurul Asyiqin bt Ruslan
Nurul Izzana Ismail
Nur Afifah bt Mohd Zahir
Nor Ain Nasuha Hashim
Alyaa’ Fadhilah bt Mohamad
Che Masdina Che Hanafi
Siti Nurul Syahirah bt Che Othman
Maizatul Afiqah Zakaria
Nur Syuhada Mustofa
Sumaiyah bt Jaafar
Nor Izzatul Syazana
Shahida Munirah bt Mohamad Shah
Nor Fadhilah bt Mohd Zuki
Nor Afifah Jilani
Siti Mahfuzah bt Mardy
Nurul Malihah bt Che Long
Nurliyana Faseha bt Abd Aziz
Nur Afiqah bt Hashim
Nur Hidayah bt Abd Ghafar
Nurul Syafiqah bt Mazlan
Hanna Syakirah Mohd Yazid
Nur Syahirah binti Suhaimi
Suriyati bt Zakaria

KAWAL MARAH

cara bagaimana nak lawan marah, dah tahan, tapi bangkit juga kemarahan tu....

Kadang-kadang kita cuba lawan marah, tapi ada juga kebanyakan orang yang dah cuba lawan marah dan akhirnya terlepas juga. Maka ketika itu kita kene berhati-hati supaya kita tidak menggunakan perkara tersebut untuk perkara yang tercela. Sesungguhnya cara nak lawan marah selepas ditahan tapi terlepas juga ialah dengan ILMU DAN AMAL.

Apabila kita sampai tahap ini, kita cuba

1. Berfikir apakah kelebihan orang yang lawan marah (sabar), memaafkan, kita gemar pada pahalanya, dan manfaatnya kita akan memperolehi ganjaran, kecintaan nak dapatkan pahala itu dan ianya dapat melawan kita dari marah dan kemarahan kita pun akan reda.
2. Takut dengan azab Allah, kalau Allah marah kita apa kita nak buat..kita buat salah Allah tak marah kita malah Allah bagi ruang untuk kita bertaubat. Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.
3. Takutkan diri kita akan akibat permusuhan@balas dendam, fikir semula, kalau kita balas balik pasti akan ada balas balik lagi dan permusuhan ini tidak akan selesai.
4. Tengok muka orang yang nak marah, betapa buruknya ketika marah, jadi kita fikir, kalau kita marah muka kita pun sama macam tu..dan kita fikir buruknya marah tu seperti anjing, dan orang yang sabar seperti nabi-nabi, ulama'...(kita fikirlah kita nak wajah seperti siapa???)
5. Fikir apakah punca kita nak balas dendam? x boleh sabar ke? sbg cth kpd punca nak balas dendam adalah perkataan syaitan.

kita mestilah tahan diri kita dari marah, mesti sabar kerana Allah, dan dengan lisan sebut a'uzubillahiminassyaitonirrajim... kalau orang nak marah dia berdiri, kita suruh dia duduk, orang nak marah dia duduk suruh baring, dan sunat orang yang nak marah ambil wuduk, kerana marah itu dari api dan akan padam dengan air..

sumber rujukan: kitab mau'izatul mukminin

Wednesday, 13 April 2011

TAJHIZ JENAZAH

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca setia laman PEMIKIR...

Alhamdulillah, pada 9 april 2011 kelab PEMIKIR UniSZA telah menganjurkan program TAJHIZ JENAZAH yang melibatkan kerjasama KELAB PEMIKIR, PUSAT ISLAM UNISZA, HEPA UNISZA SERTA SMK Lembah Bidong, Terengganu bertempat di MASJID UNISZA.

Tahniah diucapkan kepada saudari Halimatussakdiah ali selaku pengarah program dan juga barisan jawatankuasa pelaksana yang telah bersama-sama menjayakan program ini.  



pertandingan mengkafankan mayat



jawatankuasa pelaksana


penyampaian hadiah pertandingan


PESERTA TAJHIZ JENAZAH

."MENJANA INTELEKTUAL MENINGKATKAN JATI DIRI"


Tuesday, 12 April 2011

manusia...malaikat...syaitan

*Dipetik dari majalah Iskandariah Mesir 'MANAR ISLAM' Subject: Manusia , Malaikat , Syaitan ...

Manusia - Eh, dah subuh dah?
Malaikat - bangunlah wahai anak Adam, tunaikan solat subuh mu ....
Syaitan - Alahhhhhh, kejaplah, ngantuk ini...awal lagi nie?.zzzzzzzz

Manusia - Nak makan, laparlah ??
Malaikat - Wahai Anak Adam, mulakanlah dengan Bismillah....
Syaitan - Ahh, tak payahla... dah lapar ini !! mmm..sedapnyaaaa? ..

Manusia - Hari ni nak pakai apa ye?
Malaikat - Wahai anak Adam, pakailah pakaian yang menutup aurat..
Syaitan - Ehh, panaslah, takde style langsung, nampak kampung!!!

Manusia - Alamak, dah lewat!
Malaikat - Bersegeralah wahai manusia , nanti terlewat ke pejabat.....
Syaitan - Ahhh?awal lagi?mmm..aaahh? suruh si X, punchkanlah?

Manusia - Azan sudah kedengaran.. ..
Malaikat - Wahai anak Adam, bersegeralah menunaikan kewajipan
Syaitan - Baru pukul berapa.. rilex lah..awal lagi nieii?.

Manusia - Eh, eh.... tak boleh tengok ini, berdosa...
Malaikat - Wahai anak Adam, alihkanlah pandanganmu, sesungguhnya Allah Maha Melihat dan mengetahui !
Syaitan - Perggghh... best tu... . rugi ooo kalau tak tengok nie..

Manusia - Saudaraku sedang melakukan dosa
Malaikat - Wahai anak Adam, cegahla ia..
Syaitan - Apa kau sibuk? Jangan jaga tepi kain orang, lantaklahh? ..

Manusia - Elok kalau aku sampaikan nasihat ini kepada orang lain
Malaikat - Wahai anak Adam, nasihat-menasihatil ah sesama kamu..
Syaitan - Sendiri pikirlah, semua dah besar, buat apa susah2... pandai2lah?

Manusia - aku telah berdosa..
Malaikat - Wahai anak Adam, bertaubatlah kamu,sesungguhnya Allah Maha Pengampun. .
Syaitan - Tangguhlah dulu, lain kali boleh bertaubat... lagipun muda hanya sekali....rugila. .... (kalau sempatla)

Manusia - Kalau pergi, mesti seronok!
Malaikat - Wahai anak Adam, kakimu ingin melangkah ke jalan yang dimurkai Allah, berpalinglah dari jalan itu ....
Syaitan - Jangan bimbang, tiada sesiapa yang tahu...Jomlahhh?

Manusia - Uuhhh?letihnya arini..tak solat lagi nieee?.
Malaikat - Wahai anak Adam, taatilah Allah dan RasulNYA, kebahagiaan di dunia dan akhirat untukmu. Solat itu wajib bagimu...
Syaitan - Hey anak Adam, ikutilah aku,kebahagiaan di dunia (sahaja) dan kebahagiaan diakhirat (jangan mimpilah!) untukmu....

Sekarang anda mempunyai 3 pilihan :
1... Anda - Patutke aku biarkan E-mail ini tetap dalam mailbox aku..
2. Malaikat - Ingatkan pada kawan yang anda kenal (Forward E-mail ini)
3. Syaitan - Tak payahlah sebuk2

Wassalam. ...

Monday, 11 April 2011

Mengimbau Sejarah Seorang Tokoh Islam

SHEIKH HASSAN AL BANNA


 Dalam tahun 1906, di sebuah bandar bernama Mahmudiah di Mesir, seorang putera telah dilahirkan. Putera inilah yang telah ditakdirkan Allah menjadi Mujahid yang paling hebat pernah wujud di dunia Arab dalam sejarah mutakhir ini. Beliau ialah Sheikh Hassan al Banna. Sheikh Hassan al Banna dibesarkan dalam keluarga yang amat kuat berpegang kepada Islam.  Beliau pernah berkata: 

''Bapaku ialah Islam dan aku tidak mempunyai bapa melainkan Islam"

 Bapanya tidak kurang juga hebatnya dalam bidang keilmuan dan ketaqwaan. Beliau ialah pembaik jam yang mahir. Pekerjaan inilah yang menjadi sumber rezeki bagi menyara hidup keluarganya. Masa kerjanya ialah pada waktu malam. Pada siang harinya pula, dia menjadi Imam di salah sebuah masjid di kampungnya di mana dia mengajar prinsip-prinsip Islam dan berdakwah. Masa lapangnya dipenuhi dengan bertalaah di dalam khutubkhanahnya. Kegemarannya ialah Shariah sementara Muwatta’ Imam Malik dan Musnad Imam Shafei menjadi kitab yang paling disukai. Beliau adalah pengarang kepada kitab Tafsir Musnad Imam Ahmad Ibn. Hambal. Sheikh Hassan al Banna berguru kepada bapanya sehingga dia berjaya menghafal seluruh Qur'an. Apabila Hassan al Banna meningkat remaja, bapanya mengizinkannya menggunakan khutub-khanahnya dan membaca buku-buku dalam simpanannya. Dengan cara inilah Hassan al Banna menerima pengajaran Islam yang tulen dari bapanya. Kemahiran Hassan al Banna dalam bahasa Arab, bahasa ibundanya amatlah mengkagumkan dan beliau tidak belajar sedikit pun bahasa asing.

Semangat perjuangan Islam dan kepimpinannya jelas ternyata pada peringkat umur yang masih muda. Beliau dan abang kandungnya telah menubuhkan persatuan 'Amal Ma'aruf dan Nahi Munkar'. Beliau sendiri membuat risalah cetakan tangan yang melarang orang laki-laki memakai cincin emas dan pakaian sutera. Risalah-risalah ini dilekatkan di masjid-masjid dan dikirimkan kepada orang-orang ternama di seluruh bandar. Pada waktu berumur 12 tahun, Hassan al Banna sudah dilantik menjadi Imam Masjid dan melaungkan azan di atas menara. Subuh-subuh lagi, Hassan al Banna akan berjalan dari rumah ke rumah mengetuk pintu dan tingkap bagi membangunkan isi rumah dari tidur supaya berjemaah di masjid. Dia jugalah yang mengejutkan muazin dari tidur. Adalah menjadi amalan beliau berpuasa dalam bulan Rejab dan Syaaban di samping bulan Ramadhan. Beliau terus menerus mendalami ilmu Qur'an sama ada ketika berada di rumah, di sekolah maupun di tepi-tepi jalan.

Apabila umurnya meningkat ke 16 tahun, bapanya menghantarnya ke Darul Ulum, sebuah maktab latihan perguruan di Kaherah. Sesampainya di sana, beliau terkejut melihat keruntuhan moral dan sikap acuh tak acuh orang Islam di sana. Di masa pengajiannya, seorang pengarang Arab Dr. Taha Husin telah menulis sebuah buku murtad yang bertajuk "Syair-Syair Di Zaman Jahiliyah' (On the Pre Islamic Poetry). Buku ini cuba menimbulkan keraguan terhadap kesahihan Qur'an dan Hadith. Pada masa itu juga, Sheikh Ali Abd. Ar Raziq menerbitkan sebuah buku yang bertajuk 'Islam dan dasar-dasar sebuah negara'. Buku ini memujuk ummat islam untuk mengamalkan sekularisma. Majalah-majalah dan suratkhabar-suratkhabar yang menegakkan slogan 'Mesir adalah sebahagian dari Eropah' membanjiri pasaran. Para nasionalis cuba memujuk dan mendesak kerajaan Mesir untuk pulang ke Tamaddun Firaun dan mencungkil adat-adat bangsa Mesir purba. Seruan kepada peniruan cara pembaratan Kamal Attaturk bertiup kencang dan tidak berhenti-henti. Hassan al Banna merasa sedih melihat sebahagian besar orang yang terhormat dan berpengaruh menyertai barisan modenis serta menyesatkan umat islam. Dalam keadaan sedih dan pilu, beliau cuba menenangkan hatinya dengan cara merapatkan diri kepada Sayyid Rashid Rida' serta murid-muridnya. Di sinilah titik permulaan tertubuhnya satu harakah Islam yang besar dan tersusun untuk menghancurkan Jahilliah Moden. Beliau mula mendidik orang ramai dengan penuh sabar tentang kepentingan Islam dalam hidup individu dan sosial.

Sebelum meninggalkan maktab, setiap pelajar dikehendaki menulis sebuah karangan mengenai rancangan masa depan masing-masing. Hassan al Banna mencatitkan; antaranya: 

"Saya akan menjadi pembimbing dan guru. Walau sepanjang tahun, saya akan mengajar
kanak-kanak sekolah, saya tidak akan lupa untuk mengajar bapa-bapa mereka tentang
matlamat-matlamat Islam. Mungkin saya akan menggunakan cara penulisan, syarahan,
perjumpaan, dan lawatan ke sana sini. Dalam mengajar murid-murid, saya akan hadapi
mereka dengan semangat kesyukuran dan pengharapan. Dalam tugas yang satu lagi,
saya akan hadapi dengan kesabaran dan pengorbanan. Semangat-semangat ini adalah
mustahak bagi Mujahiddin dan kunci bagi kejayaan mereka. Mujahid-mujahid mestilah
membuat kajian yang mendalam tentang individu-individu yang mendokong perjuangan
Islam dan tentang penyokong-penyokong perjuangan Islam. Peribadi Mujahid mesti
ditempa supaya tahan lasak dan biasa dengan kesusahan, Sesungguhnya saya
menyerahkan nyawa saya kepada Allah. Inilah perjanjian saya dengan Allah dan tidak
mungkin diubah. Hanya Allah yang mengetahui. Saya harap guru saya menjadi
saksinya. Sesungguhnya sesiapa yang memenuhi janjinya dengan Allah akan mendapat
ganjaran yang besar."
 

Hassan al Banna lulus dan meninggalkan Darul Ulum pada tahun 1927 semasa umurnya 21 tahun. Beliau adalah pelajar yang pintar dan mendapat tempat pertama dalam kelasnya. Setelah beberapa bulan mengajar di Ismailia, di sebuah sekolah menengah rendah Kerajaan, beliau dengan rasminya menubuhkan Harakah Islamiah "Al- Ikhwanul Muslimin." Beliau didokong oleh enam orang pengikut dan pelajarpelajar yang setia. Hassan al Banna mula mengunjung ke sebuah kedai kopi yang besar di mana beliau mengambil kesempatan bersyarah tentang azab neraka dan nikmat syurga. Syarahan beliau ini menikam lubuk hati pendengar pendengar dan cukup untuk menyedarkan orang yang degil. Pada sebelah petang beliau pergi ke zawiyah sufi yang berhampiran untuk menunaikan sembahyang sebelum beliau menyambung balik syarahan dan dakwah di kedai kopi. Inilah cara beliau berdakwah dan mendidik orang ramai hingga ke larut malam. Pada cuti musim panas, beliau menjelajah seluruh Mesir sama ada dengan berjalan kaki atau menaiki keretapi buruk kelas ketiga yang penuh sesak. Beliau tidak melalui kampung-kampung dan bandar-bandar begitu sahaja melainkan beliau berhenti dan bermalam, menerangkan Islam kepada orang kampung di masjid-masjid dan di rumah-rumah.

Sheikh Hassan al Banna memang banyak dianugerahkan dengan kelebihan untuk menjalankan tanggungjawab Islam. Beliau bukan sahaja mempunyai fikiran yang tajam malah beliau juga mempunyai tubuh badan yang sihat dan gagah. Tubuhnya rendah sedikit tetapi kacak dan cergas. Di sepanjang hidupnya beliau dikurniakan Allah dengan kesihatan yang amat baik, dengan tenaga dan ketahanan yang tidak mengenal lelah. Bagi orang Arab, tiadalah benda yang paling menyentuh hati mereka melainkan syarahan yang baik dan ini dimiliki oleh Hassan al Banna. Serendah-rendah buruh dan setinggi-tinggi ulamak mengelilinginya untuk mendengar syarahannya yang bertenaga dan dengan peribadinya yang mempesonakan.

Dalam tahun 1933, lbu Pejabat Ikhwan dipindahkan dari Ismailia ke Kaherah. Dalam masa tiga tahun selepas itu, Harakah Ikhwanul Muslimin memberi penekanan yang berat dalam mendidik umat islam supaya menghayati Islam. Cara yang digunakan ialah dengan membina dan menggerakkan masjid-masjid, mendirikan sekolah-sekolah dan pusat-pusat kebajikan di seluruh Mesir. Pemuda yang dahulunya menggerakkan muazzin dari tidur kini menggerakkan umat islam di seluruh Mesir. Apa yang dibuat olehnya tidak terbuat oleh ulamak besar di Al Azhar. Kota Kaherah bergelumang dengan maksiat. Umat Islam malu untuk sembahyang di tempat lapang. Murid-murid di sekolah belajar membenci sebarang perkara yang bersangkutan dengan Islam. Di kota raya ini jugalah Hassan al Banna berjaya mengajak beratus-ratus pelajar berpendidikan Barat kepada menyintai Islam dan menjadi muridnya yang gigih berjuang. Di bawah ini dicatitkan kata-kata Hassan al Banna yang menjadi asas kepada prinsip perjuangan harakah Ikhwanul Muslimin: 

1. Apabila saudara mendengar azan, bangunlah sembahyang serta merta walau bagaimana keadaan sekalipun. 
2. Bacalah Quran, atau tatapilah buku-buku atau pergilah mendengar perkara-perkara yang baik ataupun amalkanlah zikrullah. Janganlah sama sekali saudara membuang masa walaupun sedikit dengan membuat perkara-perkara yang berfaedah.
 3. Berusahalah seberapa daya untuk bertutur dalam bahasa Arab yang betul, kerana bahasa Arab yang betul itu adalah satu syiar agama Islam.
4. Janganlah banyak ketawa, kerana hati yang sentiasa berhubung dengan Allah itu selalunya tenang dan tenteram.
 5. Janganlah banyak bertengkar dalam apa perkara jua pun kerana pertengkaran yang kosong itu tidak memberi apa-apa kebaikan. 
6. Janganlah bergurau, kerana umat yang sedang berjuang itu tidak mengerti melainkan bersungguh-sungguh dalam sebarang perkara. 
7. Janganlah saudara bercakap lebih nyaring daripada yang dikehendaki oleh para pendengar kerana yang demikian itu adalah suatu rasmi yang sia-sia malah menyakiti hati orang lain.
8. Jauhilah daripada mengumpat peribadi-peribadi orang, mengencam pertubuhan dan janganlah bercakap melainkan dengan apa-apa yang boleh memberi kebajikan.
9. Berkenal-kenallah dengan tiap-tiap saudara Ikhwan Muslimin yang saudara bertemu sekalipun ia tidak meminta hendak berkenalan, kerana asas pergerakan kita ialah berkasih sayang dan berkenal-kenalan.
10. Kewajipan-kewajipan kita lebih banyak daripada masa yang ada pada kita. Oleh itu tolonglah saudaramu sendiri tentang tatacara bagaimana hendak menggunakan masanya dengan berfaedah dan jika saudara mempunyai tugas sendiri maka ringankanlah perlaksanaannya. 

Al Ikhwanul Muslimun memberi kuasa penuh kepada ketuanya yang juga pengasas kepada pergerakan tersebut. Tidak terdapat seorang raja pun yang ditaati tanpa dipersoal seperti yang dilakukan oleh ahli-ahli Ikhwan terhadap Hassan al Banna. Sheikh Hassan al Banna bercita-cita untuk menjalankan tanggungjawabnya ke seluruh Mesir. Matlamatnya ialah menukar secara menyeluruh masyarakat Mesir kepada masyarakat yang berlandaskan Syariah Islam.

Dalam tahun 1936, kegiatan Al Ikhwanul Muslimin mula diambil perhatian oleh pemerintah. Sheikh Hassan al Banna telah mengutus sepucuk surat kepada raja Farouk dan menteri-menterinya, menyeru mereka untuk membuang undang-undang Barat dan menjalankan undang-undang Islam. Beliau juga menyuruh mereka menunjukkan contoh yang baik kepada Umat Islam di Mesir dengan cara: 

1. Mengharamkan pergaulan bebas antara perempuan dan lelaki, 
2. Mengharamkan meminum arak di upacara-upacara rasmi,
3. Janganlah mereka berjudi khususnya di tempat-tempat judi,
4. Mereka hendaklah berhenti dari berjudi lumba kuda,
5. Mereka hendaklah berhenti dari bersuka-suka di kelab-kelab malam dan panggung wayang,
6. Mereka hendaklah berhenti dari mempamirkan tubuh badan anak-anak dan isteri-isteri mereka dalam surat khabar,
7. Mereka hendaklah mendirikan sembahyang,
8. Mereka hendaklah bercakap Arab, menggantikan percakapan Inggeris dan Perancis,
9. Mereka hendaklah berhenti dari menggunakan pengasuh Inggeris untuk menjaga anak-anak mereka dan 
10. Mereka hendaklah berhenti dari menghantar anak mereka ke sekolah asing. 

Dari semua aspek kegiatan dalam harakahnya Hassan al Banna cukup  menekankan soal mendidik generasi yang sedang meningkat naik ke Mesir. Berulang kali Hassan al Banna mendesak kerajaan untuk menyusun semula sekolah-sekolah yang ada berdasarkan Islam. Mengharamkan sistem pendidikan bercampur antara lelaki dan perempuan dan menyediakan sukatan pelajaran yang berbeza. Pelajaran sains juga mestilah dibersihkan dari fahaman materialistik. Dengan cara ini umat islam di Mesir akan dapat manfaat dari semua ilmu yang ada sementara dapat menyisihkan diri mereka dari kesankesan negatif.  

Seperti Jamalludin al Afghani yang muncul sebelumnya, Sheikh Hassan al Banna berpendapat bahawa adalah mustahil bagi sebuah masyarakat Islam   dapat berkembang maju selagi mereka dijajah oleh kuasa asing yang jahat. Oleh itu, Hassan al Banna memberi satu fatwa bahawa ummat Islam mestilah berjihad mclawan penjajah Inggeris dari sudut ekonomi dan politik. Hassan al Banna menegaskan bahawa penjajah Inggeris mestilah melepaskan pegangan ke atas Terusan Suez. Hassan al Banna bencikan zionisme dan prinsip-prinsipnya serta berazam untuk memerangi musuh Allah itu sehingga titisan darah yang terakhir. Dalam peperangan dengan Israel pada tahun 1948, tidak terdapat seorang tentera Arab pun yang berperang seberani pasukan sukarela Al Ikhwanul Muslimin. Tidak pernah Israel bertembung dengan lawan yang begitu pahit dan menggerunkan.  

Apabila harakah Al Ikhwanul Muslimin bertambah terkenal dan berpengaruh, rejim yang ada mula menganggap harakah Islam itu sebagai subversif yang mengancam negara. Dalam tahun 1948, kerajaan Mesir tunduk  kepada Inggeris dan mengharamkan harakah Al Ikhwanul Muslimin. Beriburibu ahli Ikhwan dihumban ke dalam penjara serta harta benda mereka dirampas. Dua bulan kemudiannya Sheikh Hassan al Banna ditembak mati oleh seorang penembak yang tidak dikenali di jalan raya Kaherah .Syahidlah ketua yang  mereka cintai. Tetapi ini tidak menggugat harakah itu malah lebih menyuburkan lagi semangat mereka. Al Ikhwanul Muslimin  terus berkembang maju tidak dapat dibendung oleh sesiapa.

Dalam tahun 1954, sekali lagi Al Ikhwanul Muslimin dizalimi. Nasser yang berkuasa atas bantuan Ikhwan bertindak memburu ahli ahlinya. Tindakan itu berjalan hingga ke hari ini. Dari kanak-kanak hingga ke akhir hayatnya, Hassan al Banna telah memberi semua kemahirannya, pemikirannya, masanya,  tenaganya, harta bendanya dan akhir sekali nyawanya pada jihad fisabilillah. Boleh dikatakan dia menyerahkan semua sekali yang ada pada dirinya untuk perjuangan Islam. Dialah syahid yang sebenarnya, syahid yang tinggi martabatnya. Moga-moga Allah merahmatinya dan menempatkan rohnya yang mulia itu di tempat yang bahagia. Mudahan-mudahan perjuangannya terus hidup dan dapat membakar semangat perjuangan Islam kepada kita semua. 

Pada akhir Perang Dunia Pertama, pengaruh Ikhwan amat besar di seluruh Mesir sehingga harakah itu boleh disebut sebagai kerajaan dalam kerajaan. Boleh dikatakan jarang sekali terdapat bandar besar atau kecil yang  tidak mempunyai cawangan Al Ikhwanul Muslimin. Sekolah-sekolah, masjidmasjid dan pusat-pusat kebajikan Ikhwan memenuhi seluruh Mesir. Majalah, risalah, surat khabar dan buku-buku mereka tersebar luas. Pengaruh Ikhwanul Muslimin tersebar luas hingga keluar negara Mesir. Pemuda-pemuda di negaranegara orang Islam mula mengharapkan panduan dari Hassan al Banna. Cabang Ikhwanul Muslimin ditubuhkan di Syria, Lubnan, Jordan, Palestine, Maghribi, Iraq dan Sudan.

Sunday, 3 April 2011

KEMBARA IPT & PMGK'11

PENGENALAN

Program Kembara Institut Pengajian Tinggi (KEMBARA IPT) & Perkampungan Menara Gading Kebangsaan 2011 (PMGK’11) bertujuan melatih generasi mahasiswa agar bersifat dinamik dan progresif sebagai persediaan untuk kepimpinan negara pada masa akan datang. Hasrat ini dilaksanakan dengan meletakkan tradisi budaya ilmu sebagai pra-syarat penting ke arah pembinaan sahsiah yang unggul, pembentukan bangsa yang mapan dan pembinaan tamadun yang tinggi. Namun segalanya hanya dapat direalisasikan jika semua pihak membantu menggembleng tenaga menjayakannya.

Menyedari akan pentingnya pembentukan generasi muda di peringkat kampus, oleh demikian, Kesatuan Pembimbing Insan Terengganu (KEPITAR) melalui Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) dengan kerjasama Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) dan Kerajaan Negeri Terengganu mengambil inisiatif dengan menganjurkan program “KEMBARA IPT bersempena Perkampungan Menara Gading Kebangsaan 2011’’ anjuran PKPIM bagi pelajar lepasan SPM, STAM & STPM.

Usaha kecil ini adalah antara usaha keprihatinan Kesatuan Pembimbing Insan Terengganu (KEPITAR) untuk memberi pendedahan awal kepada peserta tentang dunia IPT. Namun begitu, usaha murni ini perlu mendapat gandingan dan kerjasama dari semua pihak demi kelancaran program. Adalah menjadi harapan agar program ini dapat menambah ilmu pengetahuan dan pengalaman baru pada peserta.

OBJEKTIF

1. Mengubah paradigma para pelajar ke arah yang lebih positif seiring dengan arus pembangunan dan perkembangan intelektual pada hari ini.

2. Mendedahkan kepada para pelajar tentang kehidupan di kampus serta sistem pendidikannya.

3. Menyemai satu idealisme bagi membudayakan ilmu dalam setiap tindakan dan perancangan.

4. Memberi satu bentuk latihan kepimpinan dan keperibadian Islam.

5. Memantapkan pembangunan diri dari aspek rohani, jasmani, emosi dan intelektual.

PROGRAM INI MELIBATKAN KERJASAMA DARI MAHASISWA/I UIA, UNISZA & UKM
JAWATANKUASA


Ex- Officio : Ahmad Fahmi Mohd Samsudin

Pengarah : Abdul Majid Faiz Bin Mohamed

Setiausaha : Ainon Farah Bt Abdullah

Bendahari : Ukashah bin Mohd Ghazali Lee

Penyelaras Program : Rosmiyati bt Haji Billak

Persediaan Teknikal : Hadi Unisza

Perhubungan/ Pendaftaran : Najibah Mahirah bt Hj Awang

Dana dan Kewangan : Ari Kurniawan bin Abd Gafar

Promosi dan Media : Nuril Anwar bin Musa
: Amirah bt Yahya

Publisiti & Protokol : Abdul Hadi bin Abdul Manaf

Katering : Khairul Fahmi Helmi bin Muharor

Tugas-tugas Khas : Fatin 'Atiyah bt Azman

Pengangkutan : Azrain
: Siti Aisyah bt hadi Munir

TENTATIF BARU

Khamis (21 April 2011)

8.00 pg : Berkumpul di Kompleks Seri Iman/ Pendaftaran

8.30 pg : Sarapan

9.00 pg : Ucapan alu-aluan oleh:

Ahmad Fahmi bin Mohd Samsudin

Naib Presiden Antarabangsa PKPIM

Majlis perasmian oleh:

Tuan Haji Wan Harujan b. Sulaiman
Ketua Pegawai Eksekutif MAIDAM
Taklimat ringkas perjalanan / bacaan doa

oleh: Abdul Majid Faiz Bin Mohamed

10.00 pg :Pelepasan para peserta ke Kuala Lumpur

Oleh: Ketua Pegawai Eksekutif MAIDAM

Tuan Haji Wan Harujan b. Sulaiman

02.30 ptg : Makan tengahari / Solat Jamak Qasar berjemaah

08.30 mlm : Taklimat Khas dari Kolej Dar Al Hikmah , Kajang

09.30 mlm :LDK : KEMBARA 1

11.00 mlm :minum malam / tadarus / tidur

Jumaat (22 April 2011)

06.00 pg : Solat Subuh Berjemaah / Mathurat / laman Nurani

07.00 pg : Khidmat Diri

08.00 pg : Sarapan

08.30 pg : Bertolak ke Universiti Putra Malaysia

09.00 pg : Taklimat Ringkas / Sesi Lawatan

Oleh : Sdri Akmariah Abdullah

Mantan Naib Presiden HEWI PKPIM/ Mahasiswi Sarjana UPM

11.00 pg : Bertolak ke Universiti Malaya

12.00 tghri : Taklimat Ringkas / Sesi Lawatan

Oleh : Sdra Wan Mohammad Wasif Wan Mohammad

Exco PKPIM/ Mahasiswa Sarjana UM

01.20 ptg : Solat Jumaat di Masjid Universiti Malaya

03.00 ptg : Bertolak ke Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)

03.30 ptg : Ketibaan peserta dan sesi pendaftaran

06.30 ptg : Urus diri, makan malam

07.00 mlm : Solat maghrib+Isyak, tazkirah ringkas, Halaqah Zikr Ma`thurat

09.00 mlm : TA’ARUF, PECAH AIS DAN PENETAPAN MINDA

[fokus : membina suasana selesa dikalangan peserta yang hadir]

11.00 mlm : Minum malam, halaqah al-Mulk

12.00 mlm : Rehat/Tidur

23hb APRIL 2011 (SABTU)

05.00 pagi : Qiyam ul-lail, Solat Subuh, Tazkirah Subuh, Halaqah Zikr Ma`thurat

[fokus: penghayatan amalan kerohanian]

07.00 pagi : Senam pagi bermodul & kayak

[fokus : kekuatan jasmani & kemahiran]

08.00 pagi : Urus diri, Sarapan pagi, Solat Dhuha

09.00 pagi : UCAPTAMA :

Oleh Presiden PKPIM, Sdra Muhammad Faisal Abdul Aziz

10.00 pagi : SEMINAR (1)

11.30 pagi : Rehat

11.45 pagi : LATIHAN DALAM KUMPULAN (2)

12.45 tghr : Makan tengah hari dan Solat Zohor berjemaah

02.00 ptg : SEMINAR (2) / LATIHAN DALAM KUMPULAN (3)

04.15 ptg : Solat ‘Asar berjemaah dan Zikr Al-Mathurat

05.30 ptg : Riyadhah bermodul

06.30 ptg : Urus diri / Makan malam

07.15 mlm : Solat Maghrib+Isyak, Tazkirah ringkas

09.00 mlm : CERAMAH (2) / LATIHAN DALAM KUMPULAN (3)

10.45 mlm : Tadarus Al-Quran, Halaqah Al-Mulk, minum malam

12.00 mlm : Bersurai dan rehat.

24hb APRIL 2011 (AHAD)

05.00 pagi : Qiyam ul-lail, Solat Subuh, Tazkirah Subuh, Zikr Ma`thurat

07.00 pagi : Senam pagi bermodul

08.00 pagi : Sarapan pagi, Solat Dhuha

08.30 pagi : CERAMAH (3) / LATIHAN DALAM KUMPULAN (4)

10.00 pagi : Rehat

10.15 pagi : LATIHAN DALAM KUMPULAN (5)

11.50 pagi : MAJLIS PENUTUPAN

: Oleh: Datuk Seri Khaled Nordin,

Menteri Pengajian Tinggi KPT

12.30 tghr : Resolusi & Deklarasi UIAM– Ikrar/doa wehdah – Salam ukhuwah-mahabbah

01.00 ptg : Rehat dan makan tengahari / Solat Zuhur

02.30 ptg : Bergerak pulang ke Terengganu

Saturday, 2 April 2011

Apakah taklifan dirimu wahai muslimah.....

Assalamualaikum..
       
     Segala puji bagi Allah yang telah mencipta langit-langitNya tanpa tiang, yang telah menjadikan bumi luas terbentang sebagai hamparan bagi..yang menjadikan segala kejadian sebagai ayat-ayatnya..yang menambah ketaqwaan bagi hamba-hambanya yang berfikir. Selawat dan salam dipanjatkan kepada penghulu Basyar Saidina Muhammad s.a.w serta ahli keluarganya..
     Pada kali ini suka kami membawa satu isu berkaitan tentang kewajiban seorang muslimah. Semoga sahabat-sahabat dapat menerima sedikit input dari entri kali ini..

Kewajiban Seorang Muslimah

Wanita Islam merupakan sebahagian dari masyarakat yang tidak dapat dipisahkan dan mempunyai posisi yang sangat penting. Ia mempunyai kewajiban terhadap Allah, dirinya sendiri, keluarga, lingkungan dan terhadap Islam. Pada kali ini akan sedikit dibahas tentang kewajiban seorang muslimah terhadap dirinya
sendiri, lingkungan dan Islam.

Kewajiban Terhadap Diri Sendiri

Kewajiban seorang muslimah terhadap dirinya adalah berhias dengan akhlaq yang mulia sebagai cermin dari keimanan yang ada di dalam dirinya. Diantara akhlaq mulia yang harus dimiliki seorang muslimah adalah :

1. Hati yang lembut dan perasaan yang sensitif. Rasulullah sebagai ikutan bagi seluruh umat Islam terkenal mempunyai hati yang sangat lembut.

2. Jujur. Sifat ini mutlak harus ada pada diri setiap muslimah. Jujur dalam bersikap sehari-hari, selalu berhati-hati dengan segala ucapannya agar lidahnya tidak tergelincir pada perkataan yang dusta.

3. Berani & mempunyai fisik yang kuat. Bagaimana seorang muslimah yang berani dan kuat ? Asma binti Abu Bakar adalah salah seorang wanita yang dapat dijadikan contoh. Dimana dalam masa kehamilannya beliau berjalan melintasi padang pasir dan menaiki bukit terjal sambil membawa bekal bagi Rasulullah dan ayahnya Abu Bakar yang ketika itu bersembunyi di gua Tsaur. Sedangkan keberanian dalam berpendapat dapat kita ambil contoh teguran Kaulah binti Sa'labah kepada Ummar bin Khattab yang pada masa kekhalifahannya hendak membatasi harga mahar.

4. Menjauhi sahabat yang buruk. Pada prinsipnya sahabat yang buruk adalah sahabat yang menjauhkan kita dari mengingat Allah dan mengajak kita pada perbuatan yang mengundang murka Allah. Sahabat seperti inilah yang harus kita hindari, kerana akhlaq seseorang itu dapat dilihat dari akhlaq teman karibnya.


Kewajiban terhadap Lingkungannya

Seorang muslimah hidup dalam suatu lingkungan masyarakat dan saling berinteraksi dengan mereka. Dalam berinteraksi dengan  sesamanya, seorang muslimah harus memiliki hal-hal sebagai berikut :

1. Sikap adil.
Ia harus mampu bersikap adil kepada orang-orang di sekitarnya. Tidak membezakan antara yang satu dengan yang lainnya.

2. Keperdulian terhadap orang lain.
Tanggap terhadap situasi dan keadaan saudaranya yang sedang mempunyai masalah. Perduli bukan berarti hanya mengetahui bagaimana keadaan saudaranya, tetapi juga berusaha untuk menunjukkan perha-tiannya sebagai bukti dari keperduliannya itu.

3. Hati yang pengasih.
Seorang muslimah harus memiliki rasa sayang terhadap sesamanya dan mampu untuk menunjukkan rasa sayangnya itu.

4. Menjaga hak-hak orang lain.
Apa yang menjadi hak orang lain adalah merupakan kewajiban bagi diri kita untuk memenuhinya. Sebagai contoh, hak seorang muslim dari muslim yang lain adalah dikunjungi ketika ia sakit.

Kewajiban terhadap Islam
Diantara kewajiban muslimah terhadap Islam adalah keikutsertaanya dalam menyebarkan syiar-syiar Islam. Dengan selalu berprilaku baik, menjaga adab-adab yang islami, dan membina hubungan baiknya dengan masyarakat, maka secara tidak langsung ia telah turut andil dalam menyebarkan nilai-nilai Islam. Dari sinilah orang dapat melihat dan merasakan indahnya islam sebagai rahmatan lil alamin (rahmat bagi seluruh alam).

Selain itu seorang muslimah juga dituntut untuk dapat berperan aktif dalam membina masyarakatnya sesuai dengan kemampuan dan kelebihan masing-masing. Aisyah ra adalah salah satu istri Rasulullah yang pandai tentang ilmu hadits, fiqih, dan kedokteran. Kemampuan tersebut beliau ajarkan kepada para muslimah lainnya dalam rangka keikutsertaannya membina masyarakat pada saat itu.

Demikianlah tiga kewajiban seorang muslimah yang harus ia jalankan. Dengan mengetahui kewajiban-kewajiban tersebut diharapkan bahwa setiap muslimah akan sadar, bahwa dia hidup bukan untuk dirinya sendiri, dan dia juga islam bukan untuk dirinya sendiri, tetapi juga hidup dan islam bagi masyarakatnya, dan harus turut serta dalam menyebarkan nilai-nilai islam tersebut. Tanggung jawabnya begitu besar, dan kelak akan dimintai pertanggung-jawabannya di hari akhir.

sama-samalah kita muhasabah adakah taklifan ini sudah kita selesaikan..wallahu'alam.

al faqir Tinta 'Aqil..

Sekilas kisah seorang Ulama'

Imam Syafi'i dan Gurunya, Imam Malik bin Anas

Betapa gembiranya Imam Malik karena mendapat seorang murid yang cerdas dan bijak seperti Syaf'i.Syaf'i semenjak kecil bukan saja telah hafal seluruh isi al-Quran dan ribuan hadis Nabi s.a.w.malah beliau juga telah hafal seluruh isi kitab Hadis Muwatta' karangan Imam Malik bin Anas,sebelumnya Syaafi'i bertemu dengan Imam Malik.Imam Syafi'i membagi malam kepada tiga bahagian yaitu:

Sepertiga untuk IlmuPengetahuan
Sepertiga untuk sholat
Sepertiga untuk tidur

Rabi' menerangkan bahwa Imam Syafi'i setiap hari menamatkan al-Quran sekali, tetapi dalam bulan Ramadhan seluruhnya enam puluh kali,dan semuanya dibaca ketika menunaikan ibadah Sholat.Imam Syafi'i sendiri menerangkan bahwa beliau belum pernah bersumpah seumur hidupnya,baik ketika membenarkan sesuatu ataupun mendustakan sesuatu.

Pernah disatu ketika ada orang bertanyakan sesuatu masaalah kepada beliau.Ketika itu Imam Syafi'i mendiamkan diri sejenak tidak langsung menjawabnya.Ketika beliau disoal mengapa berbuat demikian,maka Imam Syafi'i menjelaskan: "Aku menunggu terlebih dahulu,sehingga aku mengetahui,mana yang lebih baik aku diam ataupun menjawab pertanyaanmu."

Ini menunjukkan bahwa Imam Syafi'i adalah orang yang sangat teliti dalam memberikan sesuatu fatwa,kepada seseorang yang bertanyakan sesuatu masaalah semasa.Imam Syafi'i pernah mengatakan:"Pada suatu hari aku tidak punya uang sesenpun,sedangkan aku ingin benar menuntut Ilmu.Lalu aku pergi bekerja disebuah Dewan untuk mendapat sedikit belanja".Ini menunjukkan bahwa Imam Syafi'i tidak berdiam diri ketika menemui kesulitan dalam keuangan, terutama ketika menuntut Ilmu,beliau bersedia bekerja apa saja yang halal, asalkan saja cita-citanya tercapai.
Imam Razali pernah menceritakan bahwa Imam Syafi'i juga adalah seorang Tokoh penting dalam kehidupan Sufi.Ia seorang yang sangat Taqwa tidak ingin bermegah-megahan dalam hal apapun juga.

Berkenaan Ilmu Sufi, Imam Syafi'i berkata:"Saya ingin manusia itu mempelajari Ilmu ini,tetapi janganlah menyebut-nyebut namaku,dengan sepatah kata juapun."Diantara kata-kata yang bernilai sufi dari Imam Syafi'i ialah:"Orang yang zalim kepada dirinya,ialah orang yang merendahkan dirinya kepada orang yang tidak memuliakannya,dan orang yang menyukai sesuatu benda yang tidak memberi manfaat kepadanya,begitu juga orang yang menerima sesuatu pujian dari seseorang yang lain yang tidak mengenalnya,dengan sesungguh-sungguhnya.

Orang yang tidak diutamakan karena Taqwanya,tidaklah termasuk Orang Yang Utama.Siasat manusia lebih kejam daripada siasat binatang. Jikalau kuketahui bahwa ia dengan itu dapat mengurangi kehormatanku,meskipun aku haus,aku tidak akan meminumnya. Diantara tanda-tanda benar dalam Ukhuwah ialah menerima keritikan teman,menutupi aib teman,dan mengampuni kesalahannya." Demikianlah kata-kata Hikmah dari Imam Syafi'i r.a.

- Syed Hasan Alatas -

http://clik.to/tranung atau http://www.tranungkite.cjb.net