SHEIKH HASSAN AL BANNA
Dalam tahun 1906, di sebuah bandar bernama Mahmudiah di Mesir, seorang putera telah dilahirkan. Putera inilah yang telah ditakdirkan Allah menjadi Mujahid yang paling hebat pernah wujud di dunia Arab dalam sejarah mutakhir ini. Beliau ialah Sheikh Hassan al Banna. Sheikh Hassan al Banna dibesarkan dalam keluarga yang amat kuat berpegang kepada Islam. Beliau pernah berkata:
''Bapaku ialah Islam dan aku tidak mempunyai bapa melainkan Islam"
Bapanya tidak kurang juga hebatnya dalam bidang keilmuan dan ketaqwaan. Beliau ialah pembaik jam yang mahir. Pekerjaan inilah yang menjadi sumber rezeki bagi menyara hidup keluarganya. Masa kerjanya ialah pada waktu malam. Pada siang harinya pula, dia menjadi Imam di salah sebuah masjid di kampungnya di mana dia mengajar prinsip-prinsip Islam dan berdakwah. Masa lapangnya dipenuhi dengan bertalaah di dalam khutubkhanahnya. Kegemarannya ialah Shariah sementara Muwatta’ Imam Malik dan Musnad Imam Shafei menjadi kitab yang paling disukai. Beliau adalah pengarang kepada kitab Tafsir Musnad Imam Ahmad Ibn. Hambal. Sheikh Hassan al Banna berguru kepada bapanya sehingga dia berjaya menghafal seluruh Qur'an. Apabila Hassan al Banna meningkat remaja, bapanya mengizinkannya menggunakan khutub-khanahnya dan membaca buku-buku dalam simpanannya. Dengan cara inilah Hassan al Banna menerima pengajaran Islam yang tulen dari bapanya. Kemahiran Hassan al Banna dalam bahasa Arab, bahasa ibundanya amatlah mengkagumkan dan beliau tidak belajar sedikit pun bahasa asing.
Semangat perjuangan Islam dan kepimpinannya jelas ternyata pada peringkat umur yang masih muda. Beliau dan abang kandungnya telah menubuhkan persatuan 'Amal Ma'aruf dan Nahi Munkar'. Beliau sendiri membuat risalah cetakan tangan yang melarang orang laki-laki memakai cincin emas dan pakaian sutera. Risalah-risalah ini dilekatkan di masjid-masjid dan dikirimkan kepada orang-orang ternama di seluruh bandar. Pada waktu berumur 12 tahun, Hassan al Banna sudah dilantik menjadi Imam Masjid dan melaungkan azan di atas menara. Subuh-subuh lagi, Hassan al Banna akan berjalan dari rumah ke rumah mengetuk pintu dan tingkap bagi membangunkan isi rumah dari tidur supaya berjemaah di masjid. Dia jugalah yang mengejutkan muazin dari tidur. Adalah menjadi amalan beliau berpuasa dalam bulan Rejab dan Syaaban di samping bulan Ramadhan. Beliau terus menerus mendalami ilmu Qur'an sama ada ketika berada di rumah, di sekolah maupun di tepi-tepi jalan.
Apabila umurnya meningkat ke 16 tahun, bapanya menghantarnya ke Darul Ulum, sebuah maktab latihan perguruan di Kaherah. Sesampainya di sana, beliau terkejut melihat keruntuhan moral dan sikap acuh tak acuh orang Islam di sana. Di masa pengajiannya, seorang pengarang Arab Dr. Taha Husin telah menulis sebuah buku murtad yang bertajuk "Syair-Syair Di Zaman Jahiliyah' (On the Pre Islamic Poetry). Buku ini cuba menimbulkan keraguan terhadap kesahihan Qur'an dan Hadith. Pada masa itu juga, Sheikh Ali Abd. Ar Raziq menerbitkan sebuah buku yang bertajuk 'Islam dan dasar-dasar sebuah negara'. Buku ini memujuk ummat islam untuk mengamalkan sekularisma. Majalah-majalah dan suratkhabar-suratkhabar yang menegakkan slogan 'Mesir adalah sebahagian dari Eropah' membanjiri pasaran. Para nasionalis cuba memujuk dan mendesak kerajaan Mesir untuk pulang ke Tamaddun Firaun dan mencungkil adat-adat bangsa Mesir purba. Seruan kepada peniruan cara pembaratan Kamal Attaturk bertiup kencang dan tidak berhenti-henti. Hassan al Banna merasa sedih melihat sebahagian besar orang yang terhormat dan berpengaruh menyertai barisan modenis serta menyesatkan umat islam. Dalam keadaan sedih dan pilu, beliau cuba menenangkan hatinya dengan cara merapatkan diri kepada Sayyid Rashid Rida' serta murid-muridnya. Di sinilah titik permulaan tertubuhnya satu harakah Islam yang besar dan tersusun untuk menghancurkan Jahilliah Moden. Beliau mula mendidik orang ramai dengan penuh sabar tentang kepentingan Islam dalam hidup individu dan sosial.
Sebelum meninggalkan maktab, setiap pelajar dikehendaki menulis sebuah karangan mengenai rancangan masa depan masing-masing. Hassan al Banna mencatitkan; antaranya:
"Saya akan menjadi pembimbing dan guru. Walau sepanjang tahun, saya akan mengajar
kanak-kanak sekolah, saya tidak akan lupa untuk mengajar bapa-bapa mereka tentang
matlamat-matlamat Islam. Mungkin saya akan menggunakan cara penulisan, syarahan,
perjumpaan, dan lawatan ke sana sini. Dalam mengajar murid-murid, saya akan hadapi
mereka dengan semangat kesyukuran dan pengharapan. Dalam tugas yang satu lagi,
saya akan hadapi dengan kesabaran dan pengorbanan. Semangat-semangat ini adalah
mustahak bagi Mujahiddin dan kunci bagi kejayaan mereka. Mujahid-mujahid mestilah
membuat kajian yang mendalam tentang individu-individu yang mendokong perjuangan
Islam dan tentang penyokong-penyokong perjuangan Islam. Peribadi Mujahid mesti
ditempa supaya tahan lasak dan biasa dengan kesusahan, Sesungguhnya saya
menyerahkan nyawa saya kepada Allah. Inilah perjanjian saya dengan Allah dan tidak
mungkin diubah. Hanya Allah yang mengetahui. Saya harap guru saya menjadi
saksinya. Sesungguhnya sesiapa yang memenuhi janjinya dengan Allah akan mendapat
ganjaran yang besar."
kanak-kanak sekolah, saya tidak akan lupa untuk mengajar bapa-bapa mereka tentang
matlamat-matlamat Islam. Mungkin saya akan menggunakan cara penulisan, syarahan,
perjumpaan, dan lawatan ke sana sini. Dalam mengajar murid-murid, saya akan hadapi
mereka dengan semangat kesyukuran dan pengharapan. Dalam tugas yang satu lagi,
saya akan hadapi dengan kesabaran dan pengorbanan. Semangat-semangat ini adalah
mustahak bagi Mujahiddin dan kunci bagi kejayaan mereka. Mujahid-mujahid mestilah
membuat kajian yang mendalam tentang individu-individu yang mendokong perjuangan
Islam dan tentang penyokong-penyokong perjuangan Islam. Peribadi Mujahid mesti
ditempa supaya tahan lasak dan biasa dengan kesusahan, Sesungguhnya saya
menyerahkan nyawa saya kepada Allah. Inilah perjanjian saya dengan Allah dan tidak
mungkin diubah. Hanya Allah yang mengetahui. Saya harap guru saya menjadi
saksinya. Sesungguhnya sesiapa yang memenuhi janjinya dengan Allah akan mendapat
ganjaran yang besar."
Hassan al Banna lulus dan meninggalkan Darul Ulum pada tahun 1927 semasa umurnya 21 tahun. Beliau adalah pelajar yang pintar dan mendapat tempat pertama dalam kelasnya. Setelah beberapa bulan mengajar di Ismailia, di sebuah sekolah menengah rendah Kerajaan, beliau dengan rasminya menubuhkan Harakah Islamiah "Al- Ikhwanul Muslimin." Beliau didokong oleh enam orang pengikut dan pelajarpelajar yang setia. Hassan al Banna mula mengunjung ke sebuah kedai kopi yang besar di mana beliau mengambil kesempatan bersyarah tentang azab neraka dan nikmat syurga. Syarahan beliau ini menikam lubuk hati pendengar pendengar dan cukup untuk menyedarkan orang yang degil. Pada sebelah petang beliau pergi ke zawiyah sufi yang berhampiran untuk menunaikan sembahyang sebelum beliau menyambung balik syarahan dan dakwah di kedai kopi. Inilah cara beliau berdakwah dan mendidik orang ramai hingga ke larut malam. Pada cuti musim panas, beliau menjelajah seluruh Mesir sama ada dengan berjalan kaki atau menaiki keretapi buruk kelas ketiga yang penuh sesak. Beliau tidak melalui kampung-kampung dan bandar-bandar begitu sahaja melainkan beliau berhenti dan bermalam, menerangkan Islam kepada orang kampung di masjid-masjid dan di rumah-rumah.
Sheikh Hassan al Banna memang banyak dianugerahkan dengan kelebihan untuk menjalankan tanggungjawab Islam. Beliau bukan sahaja mempunyai fikiran yang tajam malah beliau juga mempunyai tubuh badan yang sihat dan gagah. Tubuhnya rendah sedikit tetapi kacak dan cergas. Di sepanjang hidupnya beliau dikurniakan Allah dengan kesihatan yang amat baik, dengan tenaga dan ketahanan yang tidak mengenal lelah. Bagi orang Arab, tiadalah benda yang paling menyentuh hati mereka melainkan syarahan yang baik dan ini dimiliki oleh Hassan al Banna. Serendah-rendah buruh dan setinggi-tinggi ulamak mengelilinginya untuk mendengar syarahannya yang bertenaga dan dengan peribadinya yang mempesonakan.
Dalam tahun 1933, lbu Pejabat Ikhwan dipindahkan dari Ismailia ke Kaherah. Dalam masa tiga tahun selepas itu, Harakah Ikhwanul Muslimin memberi penekanan yang berat dalam mendidik umat islam supaya menghayati Islam. Cara yang digunakan ialah dengan membina dan menggerakkan masjid-masjid, mendirikan sekolah-sekolah dan pusat-pusat kebajikan di seluruh Mesir. Pemuda yang dahulunya menggerakkan muazzin dari tidur kini menggerakkan umat islam di seluruh Mesir. Apa yang dibuat olehnya tidak terbuat oleh ulamak besar di Al Azhar. Kota Kaherah bergelumang dengan maksiat. Umat Islam malu untuk sembahyang di tempat lapang. Murid-murid di sekolah belajar membenci sebarang perkara yang bersangkutan dengan Islam. Di kota raya ini jugalah Hassan al Banna berjaya mengajak beratus-ratus pelajar berpendidikan Barat kepada menyintai Islam dan menjadi muridnya yang gigih berjuang. Di bawah ini dicatitkan kata-kata Hassan al Banna yang menjadi asas kepada prinsip perjuangan harakah Ikhwanul Muslimin:
1. Apabila saudara mendengar azan, bangunlah sembahyang serta merta walau bagaimana keadaan sekalipun.
2. Bacalah Quran, atau tatapilah buku-buku atau pergilah mendengar perkara-perkara yang baik ataupun amalkanlah zikrullah. Janganlah sama sekali saudara membuang masa walaupun sedikit dengan membuat perkara-perkara yang berfaedah.
3. Berusahalah seberapa daya untuk bertutur dalam bahasa Arab yang betul, kerana bahasa Arab yang betul itu adalah satu syiar agama Islam.
4. Janganlah banyak ketawa, kerana hati yang sentiasa berhubung dengan Allah itu selalunya tenang dan tenteram.
5. Janganlah banyak bertengkar dalam apa perkara jua pun kerana pertengkaran yang kosong itu tidak memberi apa-apa kebaikan.
6. Janganlah bergurau, kerana umat yang sedang berjuang itu tidak mengerti melainkan bersungguh-sungguh dalam sebarang perkara.
7. Janganlah saudara bercakap lebih nyaring daripada yang dikehendaki oleh para pendengar kerana yang demikian itu adalah suatu rasmi yang sia-sia malah menyakiti hati orang lain.
8. Jauhilah daripada mengumpat peribadi-peribadi orang, mengencam pertubuhan dan janganlah bercakap melainkan dengan apa-apa yang boleh memberi kebajikan.
9. Berkenal-kenallah dengan tiap-tiap saudara Ikhwan Muslimin yang saudara bertemu sekalipun ia tidak meminta hendak berkenalan, kerana asas pergerakan kita ialah berkasih sayang dan berkenal-kenalan.
10. Kewajipan-kewajipan kita lebih banyak daripada masa yang ada pada kita. Oleh itu tolonglah saudaramu sendiri tentang tatacara bagaimana hendak menggunakan masanya dengan berfaedah dan jika saudara mempunyai tugas sendiri maka ringankanlah perlaksanaannya.
Al Ikhwanul Muslimun memberi kuasa penuh kepada ketuanya yang juga pengasas kepada pergerakan tersebut. Tidak terdapat seorang raja pun yang ditaati tanpa dipersoal seperti yang dilakukan oleh ahli-ahli Ikhwan terhadap Hassan al Banna. Sheikh Hassan al Banna bercita-cita untuk menjalankan tanggungjawabnya ke seluruh Mesir. Matlamatnya ialah menukar secara menyeluruh masyarakat Mesir kepada masyarakat yang berlandaskan Syariah Islam.
Dalam tahun 1936, kegiatan Al Ikhwanul Muslimin mula diambil perhatian oleh pemerintah. Sheikh Hassan al Banna telah mengutus sepucuk surat kepada raja Farouk dan menteri-menterinya, menyeru mereka untuk membuang undang-undang Barat dan menjalankan undang-undang Islam. Beliau juga menyuruh mereka menunjukkan contoh yang baik kepada Umat Islam di Mesir dengan cara:
1. Mengharamkan pergaulan bebas antara perempuan dan lelaki,
2. Mengharamkan meminum arak di upacara-upacara rasmi,
3. Janganlah mereka berjudi khususnya di tempat-tempat judi,
4. Mereka hendaklah berhenti dari berjudi lumba kuda,
5. Mereka hendaklah berhenti dari bersuka-suka di kelab-kelab malam dan panggung wayang,
6. Mereka hendaklah berhenti dari mempamirkan tubuh badan anak-anak dan isteri-isteri mereka dalam surat khabar,
7. Mereka hendaklah mendirikan sembahyang,
8. Mereka hendaklah bercakap Arab, menggantikan percakapan Inggeris dan Perancis,
9. Mereka hendaklah berhenti dari menggunakan pengasuh Inggeris untuk menjaga anak-anak mereka dan
10. Mereka hendaklah berhenti dari menghantar anak mereka ke sekolah asing. Dari semua aspek kegiatan dalam harakahnya Hassan al Banna cukup menekankan soal mendidik generasi yang sedang meningkat naik ke Mesir. Berulang kali Hassan al Banna mendesak kerajaan untuk menyusun semula sekolah-sekolah yang ada berdasarkan Islam. Mengharamkan sistem pendidikan bercampur antara lelaki dan perempuan dan menyediakan sukatan pelajaran yang berbeza. Pelajaran sains juga mestilah dibersihkan dari fahaman materialistik. Dengan cara ini umat islam di Mesir akan dapat manfaat dari semua ilmu yang ada sementara dapat menyisihkan diri mereka dari kesankesan negatif.
Seperti Jamalludin al Afghani yang muncul sebelumnya, Sheikh Hassan al Banna berpendapat bahawa adalah mustahil bagi sebuah masyarakat Islam dapat berkembang maju selagi mereka dijajah oleh kuasa asing yang jahat. Oleh itu, Hassan al Banna memberi satu fatwa bahawa ummat Islam mestilah berjihad mclawan penjajah Inggeris dari sudut ekonomi dan politik. Hassan al Banna menegaskan bahawa penjajah Inggeris mestilah melepaskan pegangan ke atas Terusan Suez. Hassan al Banna bencikan zionisme dan prinsip-prinsipnya serta berazam untuk memerangi musuh Allah itu sehingga titisan darah yang terakhir. Dalam peperangan dengan Israel pada tahun 1948, tidak terdapat seorang tentera Arab pun yang berperang seberani pasukan sukarela Al Ikhwanul Muslimin. Tidak pernah Israel bertembung dengan lawan yang begitu pahit dan menggerunkan.
Apabila harakah Al Ikhwanul Muslimin bertambah terkenal dan berpengaruh, rejim yang ada mula menganggap harakah Islam itu sebagai subversif yang mengancam negara. Dalam tahun 1948, kerajaan Mesir tunduk kepada Inggeris dan mengharamkan harakah Al Ikhwanul Muslimin. Beriburibu ahli Ikhwan dihumban ke dalam penjara serta harta benda mereka dirampas. Dua bulan kemudiannya Sheikh Hassan al Banna ditembak mati oleh seorang penembak yang tidak dikenali di jalan raya Kaherah .Syahidlah ketua yang mereka cintai. Tetapi ini tidak menggugat harakah itu malah lebih menyuburkan lagi semangat mereka. Al Ikhwanul Muslimin terus berkembang maju tidak dapat dibendung oleh sesiapa.
Dalam tahun 1954, sekali lagi Al Ikhwanul Muslimin dizalimi. Nasser yang berkuasa atas bantuan Ikhwan bertindak memburu ahli ahlinya. Tindakan itu berjalan hingga ke hari ini. Dari kanak-kanak hingga ke akhir hayatnya, Hassan al Banna telah memberi semua kemahirannya, pemikirannya, masanya, tenaganya, harta bendanya dan akhir sekali nyawanya pada jihad fisabilillah. Boleh dikatakan dia menyerahkan semua sekali yang ada pada dirinya untuk perjuangan Islam. Dialah syahid yang sebenarnya, syahid yang tinggi martabatnya. Moga-moga Allah merahmatinya dan menempatkan rohnya yang mulia itu di tempat yang bahagia. Mudahan-mudahan perjuangannya terus hidup dan dapat membakar semangat perjuangan Islam kepada kita semua.
Pada akhir Perang Dunia Pertama, pengaruh Ikhwan amat besar di seluruh Mesir sehingga harakah itu boleh disebut sebagai kerajaan dalam kerajaan. Boleh dikatakan jarang sekali terdapat bandar besar atau kecil yang tidak mempunyai cawangan Al Ikhwanul Muslimin. Sekolah-sekolah, masjidmasjid dan pusat-pusat kebajikan Ikhwan memenuhi seluruh Mesir. Majalah, risalah, surat khabar dan buku-buku mereka tersebar luas. Pengaruh Ikhwanul Muslimin tersebar luas hingga keluar negara Mesir. Pemuda-pemuda di negaranegara orang Islam mula mengharapkan panduan dari Hassan al Banna. Cabang Ikhwanul Muslimin ditubuhkan di Syria, Lubnan, Jordan, Palestine, Maghribi, Iraq dan Sudan.
No comments:
Post a Comment